NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama Daripada Astro

Hiburan

NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama Daripada Astro

Astro mengumumkan pelancaran NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma Pertama untuk dikongsi dan dinikmati oleh semua orang hari ini. NJOI ialah sebahagian daripada aspirasi Astro untuk menjadikan pembelajaran sepanjang hayat, informasi, hiburan serta sukan boleh didapati secara percuma untuk semua orang di Malaysia.

njoi

Advertisement

Pelancaran NJOI  memperlihatkan Astro dalam mengotakan janjinya untuk  merapatkan jurang digital di Malaysia. NJOI akan diperkenalkan melalui tiga fasa. Dalam fasa pertama, Astro merancang untuk mengagihkan 50,000 set dekoder NJOI dan piring satelit kepada penerima yang disenaraikan dalam pangkalan data program eKasih. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat Astro dalam mewujudkan impak sosial dengan memberikan akses percuma kepada pendidikan, informasi, hiburan dan sukan kepada komuniti berpendapatan rendah, badan-badan sosial serta kebajikan termasuk rumah-rumah di kawasan yang tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan TV dan radio. Jumlah pelaburan bagi melunaskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang meliputi kos set top box, piring satelit dan kandungan program dianggarkan menelan belanja kira-kira RM500 sepanjang tempoh lima tahun akan datang.

njoi

Dalam fasa kedua, perkhidmatan NJOI akan dilancarkan pada suku pertama tahun 2012, yang membolehkan para pelanggan untuk membeli set dekoder dan piring satelit dengan hanya satu bayaran, membuat pemasangan dan terus menikmati 37 saluran TV dan radio yang terdiri daripada kandungan pembelajaran sepanjang hayat, informasi dan hiburan termasuk sukan secara percuma, tanpa yuran langganan.

njoi

Dalam fasa ketiga pula, para pelanggan diberi pilihan untuk membeli program-program tambahan yang diminati dari senarai menu yang menarik melalui mekanisma pra-bayar yang boleh didapati pada pertengahan tahun 2012.

njoi

Saluran-saluran Astro yang termasuk dalam NJOI akan meliputi saluran pendidikan yang berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR dan SPM. Astro Vaanavil juga turut menawarkan segmen pendidikan khas seperti program UPSR Neram, Manavar Mulakkam Science Capsule dan Thirumbi Parkalam. Selain itu, saluran hiburan informasi yang boleh didapati dalam NJOI adalah seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Astro Xiao Tai Yang (akan datang),  Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, iMus, TVi, TV1, TV2 dan  19 stesen radio.

njoi

NJOI membolehkan orang ramai untuk mengakses kepada kandungan yang memperkayakan – informasi yang terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran sepanjang hayat  selaras dengan usaha Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang berpengetahuan. Astro akan terus melabur dalam melahirkan bakat-bakat, kreativiti dan teknologi dan berhasrat untuk menyediakan kandungan yang berharga yang memberikan kelebihan memilih kepada para pelanggannya mengikut keperluan, keutamaan dan bajet masing-masing.

njoi

Rakyat Malaysia kini boleh menikmati TV satelit percuma melalui perkhidmatan terbaru Astro – Njoi, perkhidmatan TV satelit percuma tanpa langganan yang boleh didapati dari pengedar-pengedar sah Njoi di seluruh Malaysia. Dapatkan NJOI, yang terdiri dari sebuah dekoder, satu unit piring satelit luar-rumah (ODU), kad pintar dan satu unit alat kawalan jauh dengan hanya sekali pembayaran pada harga RM288, dan RM100 untuk pemasangan, yang memberikan akses kepada 18 saluran TV dan 19 saluran radio dengan serta-merta tanpa pembayaran untuk langganan bulanan dan tanpa kontrak perjanjian.

njoi

Untuk keterangan lanjut tentang perkhidmatan NJOI, sila layari www.astro.com.my atau telefon 03-9543 8100.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

40 Comments

  1. ATZ

    March 6, 2012 at 3:16 pm

    ASTRO MANGKUK..BEK LAYAN UNIFI LA WEI..LAJUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUUU

  2. Wow Terbaik.

    March 6, 2012 at 1:24 pm

    Memnag terbaik la.. Tak de la bosan sangat lepas ni keje mengadap tv3,tv3,tv1,tv9,tv8 and tv7.. bosan….

  3. sangap makan laksa

    March 6, 2012 at 12:21 pm

    tgk muka najib puihh tu aku dah tau ini mesti

    1) ada udang di sebalin taik- UNDIIII PRU DAH DEKAT WEYHHH
    2) projek mega kroni

    • Norma Jean

      March 6, 2012 at 3:23 pm

      Dia dijemput untuk merasmikan saja la. Kau nak kutuk pun fikir la dulu.

    • ykjnnwf

      March 7, 2012 at 12:44 am

      biar p lantak la dia nk kutuk najib..najib tu bapak ko ker @ ko ni panglima ptuihh amno ?kah3

    • [email protected]#$%

      March 8, 2012 at 6:00 am

      terima jer lah hakikat malaysia ni dh jadi negara kapitalis…yg kaya didulukan yg rakyat gi mampos jerlah….ko luah x puas hati dgn astro kat mana2 pun xde sapa nk layan..tgk lah tokeynya sapa?silap2 ko digelar x kenang budi n penderhaka oleh gomen..

      tunggu je lah malaysia jadi mcm indonesia disbbkan mentaliti dunia ke-3 orang2 Melayu ni..kena tipu hidup2…gi lah baca sumber2 alternatif lain mcm Berita Semasa,Malaysia Kini,amenoworld ker….

      at least ekonomi n indeks rasuah indon makin baik tiap2 tahun…Malaysia?hmm ko checkla sendri..x mustahil 1 hari nanti rakyat malaysia yg digelar “bibik”…hahaha

  4. MummyR

    March 6, 2012 at 11:48 am

    Channel sama je..baik xyah..

  5. huuu

    March 6, 2012 at 10:16 am

    mula kta free jer tu…lma2 mnta byr gak.

Loading...