Nissan Bakal Tutup Dua Buah Kilang Dan Bersedia Untuk Buang 4,300 Pekerja

Automotif

Nissan Bakal Tutup Dua Buah Kilang Dan Bersedia Untuk Buang 4,300 Pekerja

Tahun 2020 tidak dapat mengembalikan sinar harapan yang baru buat Nissan apabila syarikat itu semakin menemui jalan buntu dari kemelut masalah mereka. Semuanya bermula selepas Charlos Ghosn sebagai bekas CEO melarikan diri atas dakwaan salah laku wang syarikat.

Baru-baru ini juga, dia mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan Nissan akan mengalami bankrap dalam masa dua atau tiga tahun akan datang. Nampaknya, apa yang dikatakannya itu mungkin menjadi kenyataan apabila Nissan melaporkan akan menutup dua kilang milik mereka.

Advertisement

charlos ghosn

Dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan syarikat, Nissan dilaporkan akan menutup dua buah kilang mereka dan ini bermakna seramai 4,300 pekerja akan turut sama terjejas. Rancangan ini dijangka dapat mengurangkan perbelanjaan syarikat sebanyak RM18 bilion sehingga tahun 2023.

Mereka yang berada di United States dan Eropah adalah antara majoriti yang akan terjejas di dalam pengurangan pekerja ini. Syarikat itu juga akan mengurangkan bajet dalam sektor pengiklanan dan pemasaran mereka. Faktor kemerosotan jualan kereta Nissan menjadi salah satu sebab langkah drastik ini terpaksa diambil.

nissan

Pada Julai tahun lalu, langkah yang sama telah diambil Nissan apabila mereka telah membuang 12,500 pekerja di 14 kawasan antaranya United Kingdom, Sepanyol, Mexico, Jepun, India dan Indonesia. Carlos Ghosn yang sudah berkhidmat di syarikat itu sejak tahun 1999 itu kini berada di Lubnan dan sedang menjalani sesi pendakwaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...