November 19th, 2009

#Sila skroll ke bawah untuk membaca gosip terbaru

logo nippon paint

Pengumuman! Pengumuman!

Korang ada masalah tak? Masalah harian macam tak lalu makan, terlebih makan, tiada idea menarik utk diusulkan pada bos, gaduh laki bini sebab suami tak tolong basuh pinggan, susah bangun pagi sampai punch card memanjang merah, asyik mengantuk dalam ofis, atau pon paling kritikal- kurang produktif di ranjang?

Yeah, jangan khuatir! Kami ada penyelesaian kepada setiap permasalahan anda! Kami bukan ah long Bukit Beruntung. Kami cuma mau tolong.

Pernahkah anda mendengar tentang TERAPI WARNA? Ya, warna sebenarnya boleh membantu anda menyelesaikan masalah harian dengan hanya mengecat dinding rumah dengan Nippon Paint. Kenapa, tak percaya ke?

1. Jika anda terlalu kurus seperti Victoria Beckham, warnalah ruang makan anda dengan kaler merah, merah terbukti boleh menaikkan selera makan. Tapi jika suami/isteri anda terlebih berat, elakkan guna kaler merah di ruang makan nanti jadi obesiti.

nippon paint

2. Jika anda seorang penulis/blogger dan kurang idea utk menulis, kaler biru adalah kaler yg sesuai kerana biru memberikan ketenangan, idea dan merelakskan otak yg penat bekerja.

3. Jika anak anda seorang yang sgt aktif, anda tidak digalakkan mewarna bilik anak dengan warna kuning atau oren 2 kaler ini akan menjadikan mereka super aktif. Gunakan kaler seperti hijau & biru gelap. Nanti deorang mesti rajin belajar boleh dapat 10A

4. Jika anda bermasalah suami isteri, kalerkan bilik tidur anda dengan warna lembut seperti pink atau purple lembut. Warna pink terbukti sebagai warna yg meredakan amarah dan membarakan cinta.

bilik tidur

5. Jika susah mau bangun pagi, apa kata kalerkan bilik air dengan warna ceria seperti oren & kuning , anda pasti memberus gigi sambil menyanyi!

bathroom colour

Kalaulah korang susah sangat nak pilih kaler, jangan pening-pening, amik jer gambar rumah korang dan hantarkan ke  [email protected] , pakar warna cat dari Nippon Paint akan memberikan pelbagai idea untuk rumah anda, sesuai dengan fungsi bilik.

Nippon Paint ada beratus-ratus warna, warna apa korang nak? Kelabu asap, merah menyala, merah Redmummy, hijau kepala itik, kuning diraja, biru Beautiful Nara ke, semuanya ada! Cuba klik Nippon Paint kat www.nipponpaint.com.my,byk idea-idea menarik!

nippon paint

Testimonial Pengguna – Encik Nara (nampak sangat bukan nama sebenar) :

[note]Sejak saya mewarnakan rumah saya dengan cat-cat dari Nippon Paint, hidup saya lebih bahagia. Berat badan saya telah naik 5 kilo, tidur saya lebih lena, saya sering dipuji bos kerana memberikan idea-idea bernas & bini saya telah disahkan mengandung kembar tiga! Terima kasih Nippon Paint. [/note]

Kami sebenarnya teruja sangat masa belajar mengecat dari Ms Gladys Wong & Ms Wong Meng Lee. Ala-ala macam kelas pendidikan seni lah, sebab belajar pasal fungsi warna macam yg terapi warna atas tu, cara mengecat dgn betul, pastu yg paling best mestilah time mengecat! Banyak gila kaler yang boleh dipilih, rambang mata sekejap.

cat nippon paint

Selain dari kaler satu jenis warna je kat dinding, korang tau tak roperny a ada cara-cara kreatif tau. Contohnya, buat corak kiut miut macam gambar kat bawah nie:-

nippon paint

Apa, tak kiut langsung? Eh, ini baru cat 1st time masa belajar tau. Kalau buat betul2 hasilnya macam ni tau:-

good decoration

Lepas workshop Nippon Paint, memang excited kami nak menurunkan ilmu mengecat kat bilik BangNara. Korang pon dah tengok kan dekat video Projek Alpha betapa ‘kemas & cantiknya’ bilik Bang Nara. Warna merah menyala! Mana boleh itu kan kaler RedMummy.

Jadi anda semua nantikan transformasi bilik Bang Nara. Siap ada ala-ala logo BeautifulNara tau! Kami dah tak sabar nak singsing lengan baju & menunjukkan bakat mengecat yg terpendam selama ni. Tunggu~~


Comments are closed.

Loading...