Video Mohd Redha Rozlan yang menyertai program hiburan sukan televisyen Jepun, Sasuke VietNam atau lebih dikenali sebagai ‘Ninja Warrior’, mengagumkan banyak warga Internet dari Malaysia.
Dikenali sebagai ‘Mat Redho’ dalam akaun Facebooknya, Pegawai Teknologi Maklumat (IT) yang berasal dari Pahang ini melepasi peringkat pertama permainan tersebut bagi kategori bawah 46 saat dan beliau mungkin merupakan rakyat Malaysia pertama yang menyertai program itu.
Atlet sukan mendaki negara, Redha Roslan lepasi halangan pertama acara lasak Sasuke Vietnam. pic.twitter.com/IBjD634oh3
— Dunia Sukan Online (@DuniaSukan) June 28, 2016