Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Ning Baizura Kecewa Difitnah Sertai Parti PAS

Nampaknya pilihanraya yang semakin hampir turut membuatkan artis tanah air kita terkena bahangnya. Yang terbaru, Ning Baizura semalam kecewa apabila dirinya difitnah sertai parti PAS. Yang menyedihkan, gambar Ning Baizura bertudung yang diambil ketika penggambaran drama tahun lepas telah digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan berita ini.

ning baizura masuk pas

Advertisement

Malah fitnah tersebut turut dikeluarkan menerusi suratkhabar Sinar Harian kira-kira 2 minggu yang lepas. Ternyata Ning amat kecewa dengan kejadian ini dan menganggap ianya adalah sebagai satu publisiti murahan. Kalau Abang Nara letak diri Abang Nara di dalam keadaan Ning, pastinya Abang Nara turut merasa kecewa yang amat.

ning baizura masuk pas

Bercakap mengenai pemakaian tudung, Ning berkata yang dia pasti akan memakainya apabila tiba waktunya nanti. Namun buat masa ini, Ning sangat-sangat berharap agar gambar-gambar bertudung miliknya tidak diekploitasi untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu.

ning baizura masuk pas

Nampaknya artis-artis Malaysia perlu lebih berhati-hati dengan ekploitasi sebegini di masa hadapan terutamanya dengan pilihan raya yang makin menjelang. Parti-parti politik pun sudah semakin bijak kerana mengetahui artis Malaysia mempunyai pengaruh yang sangat kuat terhadap peminat mereka. Kepada Ning, semoga tabah menghadapi dugaan ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

98 Comments

  1. NEK SOM DAH TUA

    July 20, 2012 at 3:57 pm

    UDAH LA…NARA AJAK LA KAKAK2 KITE NIE SEMBAHYANG 5 WAKTU..JGN LA NARA MENJADI PUNCA PERGADOHAN ANTARA SESAMA ISLAM…. BERDOSA BESAR KLU NARA MASIH BERBUAT DEMIKIAN…AMIN…

  2. masin nyer garam nie..

    July 20, 2012 at 3:53 pm

    masin setuju dgn kening….klu dah umo panjang Allah tue nak bg peluang lg kat kite yg masih jahil nie nak suroh kite brubah ALLAHUAKHBAR….

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top