Ning Baizura Akui Tertekan Ketika PKP

Hiburan

Ning Baizura Akui Tertekan Ketika PKP

Mengakui pernah mengalami tekanan ketika kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19, Mac lalu, penyanyi Ning Baizura tertekan kerana terlalu bimbang memikirkan masa depan sebagai penyanyi.

ning baizura tertekan ketika pkp

Advertisement

 

“Dua minggu selepas PKP dikuatkuasakan, saya tertekan. Tawaran menyanyi ada tapi banyak yang terpaksa dibatalkan.”

Menurut Ning, rakan artis lain juga turut meluahkan perasaan yang sama dan mengadu tentang nasib yang menimpa mereka. Namun tetap tabah kerana mengakui keluarga merupakan sumber inspirasi untuk dirinya cekal dan tabah mengharungi cabaran getir ini sebagai anak seni.

“Mujur saya dikelilingi keluarga yang sangat memahami. Dalam menghadapi situasi itu, bagi kami, komunikasi itu penting.”

Tambah Ning, sepanjang PKP, beliau mengambil peluang untuk menambah pengetahuan dengan mempelajari selok belok berkenaan perniagaan di atas talian.

ning baizura tertekan ketika pkp

Ujar penyanyi itu, beliau seronok melihat sesuatu daripada perspektif berbeza. Hal ini kerana, beliau turut menegaskan kepada umum supaya terus berani menghadapi norma baharu.

“Sekarang, doktor pun sudah jadi petani.”

Terdahulu dalam satu kenyataan akhbar, Ning mendedahkan dirinya langsung tidak tergugat meskipun kini ramai penyanyi baharu muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Hal ini kerana, biarpun Ning yang sudah lama tiada album atau single baharu namun rezekinya langsung tidak pernah putus kerana sering diundang menjayakan persembahan untuk majlis korporat.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...