Pelakon Nina Iskandar, atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar, 29, baru-baru ini meluahkan rasa kecewa kerana ditipu peniaga online.
Menurutnya, dia telah menjadi mangsa ‘scam’ kedai barangan bayi terbabit kerana tidak berhati-hati dalam memilih peniaga yang berniaga secara online memandangkan terdapat banyak kes melibatkan penipuan secara dalam talian.
“Saya terjumpa satu iklan di Instagram. Saya belanjakan ratusan ringgit untuk beli barang-barang anak saya daripada laman web terbabit pada 8 April lalu.”
Nina juga ada meminta nombor tracking yang selalunya akan diberi kepada pembeli setelah barang dihantar untuk dipos. Namun menurutnya, peniaga tersebut hanya memberi nombor tempahan saja.
Dalam pada itu, dia juga tidak menerima sebarang status keberadaan barang walaupun sudah hampir dua minggu dipesan.
Setelah hampir dua bulan barang yang dipesan masih belum diterima, Nina mengambil keputusan untuk menghantar emel kepada peniaga berkenaan untuk membuat aduan. Rupa-rupanya nombor tracking tersebut tidak wujud barulah dia menyedari bahawa dirinya telah ditipu.
Pelakon drama ‘Setelah Cinta Itu Pergi’ itu kemudian menyedari kesilapan dirinya yang tidak memeriksa kesahihan kedai tersebut sebelum mengambil keputusan untuk membeli.
Nina kemudian mengajak pengikut laman instagram supaya memboikot dan membuat laporan mengenai page kedai barangan bayi yang disyaki melakukan penipuan di atas talian.