March 16th, 2015

Nina Iskandar, pelakon yang berasal daripada Brunei ini dikatakan sedang merawat duka di hati apabila beliau didakwa sudah putus tunang bersama ahli perniagaan Ahmed Haiqal apabila sebuah ruangan didalam akhbar mingguan melaporkan perkara tersebut.

Walaubagaimanapun, empunya diri tidak begitu selesa untuk memberikan penjelasan secara terperinci dan menyifatkan hal tersebut terlalu peribadi buat dirinya. Nina berharap agar peminat mendoakan yang terbaik.

Ini adalah hal peribadi dan saya tidak selesa untuk komen panjang lebar tentang perkara ini. Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda doakan sahaja yang terbaik buat diri saya.

Kata orang dalam tempoh pertunangan banyak dugaannya. Jika kita bersabar dan mampu menangani masalah dengan baik, maka kita mampu untuk menghadapi dugaan lebih besar ketika berkahwin nanti.

Sumber Berita: mStar Online

 


Comments are closed.

Loading...