Penyanyi lagenda, Dato’ Hattan baru-baru ini ada memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya yang mempersoalkan kedudukan Nilai yang dikatakan sebenarnya berada dalam negeri Selangor, bukan di Negeri Sembilan.
Ini berikutan kecoh di media sosial mengenai kes melibatkan personaliti popular, Noor Neelofa dan suaminya, Haris Ismail yang didakwa tidak didakwa atas kesalahan merentas negeri ke Nilai, Negeri Sembilan, seperti yang tular minggu lalu.
View this post on Instagram
Rata-rata pengguna media sosial telah membuat andaian bahawa Nilai 3 sememangnya telah bertukar milik kepada Selangor gara-gara keputusan pihak berkuasa tidak mendakwa pasangan berkenaan yang merentas negeri hanya semata-mata untuk membeli karpet.
Terpanggil untuk memberi sedikit komen, Hattan yang sememangnya berasal dari Negeri Sembilan itu turut mempersoalkan isu yang sama.
View this post on Instagram
“Assalamualaikum, apo kona? Ini apo pulok dikoba Nilai dalam Selangor ni? Esei ni anak jati negeri sembilan ni woii, esei besar di Senanti. Seluruh negeri sembilan ni tak ada lah besar bona tapi saya tahu, pemetaan tu tak percaya pergi check dengan JUPEM..”
Meninjau ruangan komen, ramai pengikut media sosial serta peminat penyanyi lagu Rendang Tidak Berbuah ini terhibur dengan video tersebut yang turut memperlihatkan Hattan bercakap dalam loghat Negeri Sembilan.
View this post on Instagram
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, kertas siasatan berhubung dakwaan merentas negeri membabitkan pasangan kontroversi itu telah dihantar semula ke Pejabat Peguam Negara untuk penelitian.