Tambah Nilai Prabayar Telco Dikecualikan SST

Trending

Tambah Nilai Prabayar Telco Dikecualikan SST

1 September lalu, Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dengan rasminya telah dilaksanakan semula di negara ini untuk menggantikan Cukai Barangan dan Perkidmatan (GST). Sebanyak 5,612 barangan dikenakan cukai jualan 10 peratus dan 600 barangan dikenakan cukai jualan sebanyak 5 peratus.

Sumber: MDroid

Turut tersenarai ialah top up pre-paid (tambah nilai prabayar) yang akan dikenakan cukai sebanyak 6 peratus. Ini bermakna jika anda topup RM10, kredit yang akan dimasukkan ke dalam akaun anda hanya RM9.47 setelah ditolak nilai cukai 6% (cukai perkhidmatan).

Advertisement

Beberapa syarikat telco di Malaysia juga turut mengesahkan mengenai perkara ini di laman web rasmi mereka.

Umobile

 

Celcom

 

Maxis

Pastinya ramai pengguna yang tidak senang duduk dengan berita ini, cukai ini telah memberi kesan secara langsung  kepada tambah-nilai prabayar yang akan dibeli oleh pengguna. Ini mungkin menyusahkan pengguna terutamanya para pelajar.

Salah satu perkara yang mungkin membuatkan pengguna tidak begitu gemar dengan implementasi ini adalah kerana menyukarkan pengguna prabayar untuk melakukan sesuatu pembelian. Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini boleh membuat tambah-nilai sebanyak RM5 untuk membeli pass internet pada nilai yang sama. Namun, kini sekiranya ingin membeli pass internet pada nilai RM5, pengguna perlu membuat tambah-nilai pada amaun yang lebih tinggi.

Perkara ini mendapat perhatian oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, beliau berpendapat bahawa cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan bagi pembelian prabayar telco tidak sepatutnya ditanggung oleh pengguna.

“Saya akan mengeluarkan arahan bagi memastikan pembeli prabayar RM10 akan diberikan kredit sebanyak RM10 juga tanpa potongan. Pengurangan kredit berkenaan pula akan dikembalikan dalam bentuk rebat.”

Pengguna terpaksa menanggung cukai berkenaan apabila kredit daripada pembelian tambah nilai telah dipotong berikutan masalah teknikal yang dihadapi.

Rebat SST

Untuk tempoh pengenalan, beberapa syarikat telekomunikasi menawarkan rebat SST untuk setiap tambah-nilai yang dilakukan. Berikut merupakan apa yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi anda:

Maxis
Maxis atau pengguna Hotlink dan Ookyo menawarkan minit panggilan percuma untuk setiap tambah nilai. Sebagai contoh, sekiranya anda membuat tambah-nilai sebanyak RM5, anda akan diberikan minit panggilan selama 2 minit secara percuma.

Walaubagaimanapun, minit panggilan percuma ini adalah hanya terhad 2 hari sahaja, dan perlu digunakan dalam tempoh 48 jam sejak membuat tambah-nilai.

Celcom
Untuk Celcom pula, mereka menawarkan kredit percuma pada nilai SST untuk setiap tambah-nilai anda. Kredit percuma yang ditawarkan ini hanya sah untuk 24 jam sahaja, dan boleh digunakan untuk membuat panggilan suara ke rangkaian Celcom.

U Mobile
U Mobile pula menawarkan kredit percuma sebanyak 10% daripada tambah-nilai anda yang boleh digunakan untuk panggilan suara ke pengguna U Mobile lain. Sebagai contoh, sekiranya anda membuat tambah-nilai sebanyak RM10, anda akan menerima kredit sebanyak RM1 secara percuma – tetapi perlu digunakan dalam tempoh 24 jam sejak membuat tambah-nilai.

Unifi Mobile
Telekom Malaysia pula menawarkan data percuma untuk setiap tambah-nilai yang dilakukan. Data percuma yang ditawarkan adalah terhad mengikut tambah-nilai yang ditawarkan. Sebagai contoh, untuk tambah-nilai RM5, anda akan menerima data percuma 30MB LTE.

Banyak aduan telah diterima, dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Sigh Deo mengeluarkan kenyataan di akaun twitter beliau yang pihak kerajaan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini dalam masa yang terdekat.

Sumber: Amanz & Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...