Setakat ini Nikon mempunyai 8 model DSLR dari senarai F-mount yang terdiri daripada D5, D850, Df, D750, D500, D7500, D5600, dan D3500. Dikhabarkan Nikon hanya akan meneruskan pembuatan beberapa model dari senarai ini manakala yang lainnya tidak akan diteruskan pembuatannya.
Bermaksud model yang sudah dikeluarkan ini akan mewakili model yang terakhir untuk senarai ini.
Antara model yang tidak akan disambung pembuatannya ialah D3500, D5600, dan D500.
Berkemungkinan model ini akan digantikan kepada model mirrorless. Manakala empat lagi model lain iaitu D5, D850, D750, dan D7500 akan disambung pembuatannya tetapi untuk model Df masih tidak dapat dipastikan lagi.
Nikon kini sedang berusaha untuk mengembangkan pasaran kamera mirrorless bersama pesaing lain seperti Sony, Canon dan Fujifilm.
DSLR vs Mirrorless
Kamera DSLR telah mengetuai teknologi foto untuk dua dekad namun kini teknologi baru telah mendahului dalam pasaran iaitu kamera mirrorless.
- Perbezaan fungsi image sensors dan viewfinder
DSLR menggunakan sistem cermin yang melantunkan cahaya ke lens kamera utama kepada viewfinder. Kamera mirrorless tidak mempunyai mirror, oleh itu image sensors akan berterusan terdedah kepada cahaya.
- Electronic viewfinder vs optical viewfinder
- Saiz
Sudah tentu yang paling jelas sekali adalah perbezaan saiz kamera DSLR dan mirrorless. Disebabkan kamera mirrorless tidak menggunakan sistem cermin, saiznya menjadi lebih kecil tetapi masih setanding dengan DSLR.
Tak dinafikan juga kamera mirrorless ini lebih senang untuk dibawa berbanding DSLR yang lebih berat dan besar. Terutamanya ketika melakukan penggambaran di luar.
Sumber: petapixel, businessinsider