pada Consumer Electronic Show yang lalu, Nikon telah berkongsikan kamera 360-darjah milik mereka yang diberi nama Keymission 360. Kamera ini membolehkan anda merakam video dengan kebolehan pemandangan 360-darjah. Kamera ini juga didatangkan dengan sokongan rakaman video 4K. Kamera ini juga mempunyai sokongan kalis air sedalam 30-meter. Khabar angin juga mengatakan GoPro juga akan mengeluarkan Kamera 360-darjah yang lebih kasual dan mesra pengguna selepas kamera aksi 360-darjah yang dikeluarkan pada 2015 agak kurang mendapat sambutan.