Nikon D5000, iPad 2 Dan Samsung Galaxy Tab PERCUMA Untuk Anda Dari Coopown

Hiburan

Nikon D5000, iPad 2 Dan Samsung Galaxy Tab PERCUMA Untuk Anda Dari Coopown

Ini satu peraduan yang mudah, kacang dan simple sangat. Tapi hadiah dia sangat-sangatlah awesome. Coopown – website baru di dalam dunia  kupon dengan berbesar hati ingin memberikan anda:-

coopown

Advertisement

Yeah ~~ Anda tak silap. Anda tak rabun. Ada 1 kamera Nikon D5000, 2 iPad 2 dan 3 Samsung Galaxy Tab untuk dimenangi bersama Coopown. Semuanya PERCUMA. Dengan syarat anda buat ketiga-tiga langkah di bawah:-

1. Jadi subscriber di www.coopown.com

2. Like Facebook Coopown

3. Follow Twitter Coopown

Mudah bangat kan? Tak sampai 10 minit dah boleh siap semua 3 step kat atas. Anda perlu pantas sebab tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 September 2011 ini. Tinggal 5 hari je lagi wei ~~


Chop chop Abang Nara. Apa benda Coopown nie? Leh percaya ke diorang boleh bagi hadiah mahal-mahal gini

Untuk mengenali apa itu Coopown, korang cuba bayangkan Malaysia Mega Sale. Banyak diskaun kan? Tapi Malaysia Mega Sale punya diskaun ada time-time dia kan? Coopown hampir setiap hari menawarkan up to 90% diskaun untuk pelbagai servis dan produk menarik. Contoh macam produk kecantikan, spa, perlancongan, paintball dan macam-macam lagilah.

Dan satu lagi perkara menarik tentang Coopown ini ialah, korang boleh mintak tolong Coopown dealkan untuk korang mana-mana produk atau servis yang korang berkenan tapi harga mahal nak mampoih. Contoh macam Abang Nara nak beli slimming produk tapi bapak ah harga dia RM5000. So Abang Nara akan mintak pihak Coopown tolong adjust kasik jadik dalam RM500 ke. Contoh je la nie.

Dan semestinya Coopown sangat-sangat boleh dipercayai untuk memberikan 3 hadiah awesome di atas. Abang Nara memang tak pernah menang mana-mana peraduan tapi terasa macam lucky semacam je dengan Coopown nie. So kalau korang rasa taknak bagi Abang Nara menang, sila LIKE Facebook Coopown, jadi subscriber di website Coopown dan follow Twitter Coopown. Jangan lupa baca terma dan syarat di sini.

P.S: Sila jangan menyesal tak join bila tengok Abang Nara posing dengan iPad 2 yang bakal dimenangi nanti.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...