Nikmati Pengalaman Seperti Berada Di Dalam Komik Di Kafe Bertemakan 2D Ini

Travel

Nikmati Pengalaman Seperti Berada Di Dalam Komik Di Kafe Bertemakan 2D Ini

Pernah tak anda mendengar mengenai kafe yang bertemakan komik? Kebiasaannya kafe begini mesti berada di luar negara seperti di Jepun atau Korea Selatan. Tapi sekarang ni anda tak perlu travel jauh kerana di Malaysia pun sudah ada!

2D Bubble Tea Cafe yang berada di Subang Jaya ini menawarkan pengalaman seperti berada di dalam dunia komik pada pelanggan mereka. Kafe yang baru dibuka pada awal tahun ini mendapat perhatian ramai kerana hiasan dalamannya yang cukup unik dan berbeza dari biasa.

Advertisement

Neysa Assila, antara pengunjung yang berkongsi di laman Twitter nya mengenai pengalamannya berada di sana. Perkongsian ini telah mendapat sebanyak 22.6 ribu retweet yang rata-ratanya tertarik dengan kafe tersebut.

Selain daripada hiasannya yang unik, 2D Bubble Tea Cafe juga mempunyai signature bubble tea mereka yang tersendiri. Didatangkan di dalam botol comel begini, memang cantik kalau anda nak berkongsi gambar di Instagram.

Terletak di Sunway Geo Avenue, Subang Jaya dan beroperasi setiap hari kecuali Rabu dari jam 12pm-9pm. Untuk malumat lanjut boleh ikuti laman rasmi Facebook dan Instagram 2D Bubble Tea Cafe. 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...