Pernah tak anda mendengar mengenai kafe yang bertemakan komik? Kebiasaannya kafe begini mesti berada di luar negara seperti di Jepun atau Korea Selatan. Tapi sekarang ni anda tak perlu travel jauh kerana di Malaysia pun sudah ada!
2D Bubble Tea Cafe yang berada di Subang Jaya ini menawarkan pengalaman seperti berada di dalam dunia komik pada pelanggan mereka. Kafe yang baru dibuka pada awal tahun ini mendapat perhatian ramai kerana hiasan dalamannya yang cukup unik dan berbeza dari biasa.
Neysa Assila, antara pengunjung yang berkongsi di laman Twitter nya mengenai pengalamannya berada di sana. Perkongsian ini telah mendapat sebanyak 22.6 ribu retweet yang rata-ratanya tertarik dengan kafe tersebut.
Nampak macam dalam komik tapi sebenarnya ni cafe! so cute!!!! ?? pic.twitter.com/azvZtZXetL
— Neysa Assila (@neysaassilos) April 13, 2019