Buat pertama kalinya di Malaysia, pawagam ScreenX diperkenalkan untuk penonton di GSC One Utama. Melalui kerjasama antara GSC dan CJ 4DPLEX dari Korea Selatan itu, penonton dapat merasai pengalaman menyaksikan filem yang dipancarkan pada tiga bahagian dinding di kiri, kanan dan hadapan anda.
Teknologi teater ScreenX ini akan memberikan panorama 270 darjah yang akan membuatkan anda terpukau semasa menonton wayang. Melalui penggunaan lima buah projektor, filem akan dipantulkan sehingga ke bahagian belakang panggung.

Anda boleh menikmati pengalaman ScreenX ini di GSC One Utama bermula 5 Ogos hingga 4 September 2019. Hanya ada lima buah filem sahaja yang akan ditayangkan pada harga RM14 iaitu:
- Godzilla: King of Monsters
- Annabelle Comes Home
- Spider-Man: Far From Home
- Captain Marvel
- Bohemian Rhapsody

Jadi tunggu apa lagi? Untuk semak jadual tayangan filem, anda boleh semak di sini. Selamat menonton!