Mungkin masih ramai tak tahu, sebenarnya ada tumbuhan semula jadi yang sudah lama di sekeliling tapi tak semua cukup maklum mengenai kebaikannya.
Apa lagi kalau bukan Centella Asiatica atau Cica atau nama tempatannya, pegaga! Siapa sangka pegaga yang sedap dinikmati sebagai ulam kampung rupanya ada kebaikan yang banyak untuk bidang penjagaan kulit.
Watsons tambahbaik formula mask
Untuk lebih kebaikan dan meningkatkan keberkesanan, Watsons menambahbaik formula Watsons Essence Mask. Ini termasuk 3 bahan saintifik untuk setiap varian dan 20X Cica Extract.
Rangkaian Watsons Essence Mask ini adalah kolaborasi dengan dermatologis Korea, Dr Do Young Rhee. Terdapat 6 varian mengikut keperluan jenis kulit termasuk pencerahan, menyerikan, melembapkan, melegakan, penjagaan pori dan anti-penuaan.
Tambahan lagi, setiap varian diformulasikan dengan bahan menenangkan kulit dan melegakan kulit yang sesuai bagi mereka berkulit sensitif.
6 varian memenuhi keperluan kulit berbeza
Setiap varian mask ini dirumus dengan elemen yang terbaik demi kesihatan kulit wajah. Setiap pek mask ini mengandungi 100% Cotton Gauze sheet mask dengan essence tidak melekit untuk memberi kesegaran terutamanya kulit sensitif.
Watsons Radiance Glow Essence Mask
Mengandungi 20X Centella Asiatica Extract untuk menenangkan, melegakan dan mengekalkan kulit sihat.
Turut ditambah bahan popular skincare, Glutathione untuk menyerikan dan mempertingkat keadaan kulit kusam. Vitamin C dan Galactomyces Ferment Filtrate pula menyamakan tona tidak sekata dan meningkatkan keserian kulit.
Watsons Ultra Whiten Essence Mask
20X Centella Asiatica Extract digabungkan dengan Niacinamide untuk menghilangkan kulit tidak sekata dan mengelakkan tompok gelap.
Tranexamic Acid dan Licorice melindungi dari tompok gelap di samping mencerah dan melembapkan secara mendalam.
95% pengguna berpuas hati melihat kepada kesan pencerahan dan pengurangan penampilan tompok gelap.
Watsons Advanced Soothe Essence Mask
20X Centella Asiatica Extract dikombinasikan dengan Houttuynia Cordata Extract untuk memberi ciri kelegaan bagi kulit sensitif dan mengembalikan kesihatan seperti asal.
95% pengguna berpuas hati dengan kesan segera pencerahan dan pengurangan tompok gelap. Lebih-lebih lagi dengan Mugwort Extract dan Green Tea Extract yang terkenal dengan fungsi mengurangkan kemerahan, meningkatkan hidrasi dan melempap secara mendalam.
Watsons Deep Hydra Essence Mask
Seperti namanya, selain 20X Centella Asiatica Extract, mask ini mempunyai kebaikan 10 jenis Hyaluronic Acid dalam saiz molekul berbeza. Ini untuk membolehkan bahan menembusi lapisan luar kulit untuk hidrasi lebih lama.
Ceramide dan Algae Complex pula melembap dan menguatkan lapisan perlindungan menjadikan kulit anjal segar dan lembap.
Watsons Pore-less Essence Mask
Ada yang masih bermasalah pori kelihatan besar dan terbuka? Tiba masa masukkan Watsons Pore-less Essence Mask dalam rutin skincare.
Diperkaya 20X Centella Asiatica Extract dan Tea Tree Leaf Extract untuk membersih pori dan mengawal pengeluaran minyak.
Bahan PHA dan AntiSebum P Complex berupaya meminimumkan penampilan pori dan mengurangkan pengeluaran sebum. Malahan, 95% pengguna juga berpuas hati dengan hasilnya.
Watsons Intensive Repair Essence Mask
Siapa kata usia dah makin meningkat tak perlu jaga penampilan? Manfaat 20X Centella Asiatica Extract digabungkan pula dengan Hydrolyzed Collagen boleh melembapkan kulit dan mengelak kedut lebih mendalam.
Bukan tu sahaja, ada juga kebaikan Retinol dan Allantoin untuk membasmi tanda penuaan dan mengembalikan keserian kulit yang stres seiring usia.
Pemakaian secara konsisten akan menjadikan kulit lebih berseri, anjal dan lembap.
Untuk info lebih mendalam mengenai setiap varian dalam varian ini, jangan lupa follow Facebook dan Instagram Watsons Malaysia. Lawati juga laman web Watsons Malaysia untuk terus buat pembelian korang.