Siapa dekat sini memang gatal sangat tangan selalu buka TikTok Shop sebab tahu barangan yang dijual mesti ada potongan harga, kita geng! Siapa je yang tak nak beli barangan harga berpatutan betul tak?
Kalau anda nak tahu, TikTok Shop kini dah menyambut ulang tahun kedua tau. Yeay, tahniah TikTok Shop di atas kejayaan anda!
Untuk meraikan kejayaan ini, TikTok Shop hadir dengan lebih banyak promosi dan potongan harga yang tak masuk akal tau. Seriuslah?!
Siap Sedia Untuk Lebih Banyak Potongan Harga & Promosi Menarik Di TikTok Shop!
Kalau anda nak tahu, TikTok Shop hadir dengan kempen TikTok Shop 6.6 Countdown yang bermula pada hari ini hingga 2 Jun 2024, diikuti dengan sambutan TikTok Shop 6.6 Birthday Fiesta bermula 3 hingga 7 Jun 2024 ini. Amboi, meriah!
Antara promosi yang anda berpeluang nikmati sepanjang kempen ini adalah Peak Days, Crazy Friday, Payday dan Super Creator Days dan Brand Weekends yang mana kesemua ini menjanjikan promosi dan hiburan yang terbaik khas untuk anda. OMG, tak sabarnya!
Mendahului acara utama, TikTok Shop 6.6 Countdown yang bermula dari 13 Mei hingga 2 Jun akan memberi pengguna lebih banyak peluang membeli-belah di platform ini sama ada untuk barangan keperluan harian, fesyen, kecantikan atau gaya hidup.
Untuk tiga minggu akan datang, anda berpeluang menikmati pelbagai jenis baucar menarik dalam kategori Super Creator Days and Brand Weekends dari jam 8 pagi hingga 8 malam.
Ini termasuk diskaun sebanyak RM5 untuk perbelanjaan minimum RM50, diskaun 50% untuk produk tanpa perbelanjaan minimum yang dihadkan pada RM10 serta diskaun RM15 untuk perbelanjaan minimum RM100.
Selain itu, terdapat juga baucar Birthday Hour yang akan dikeluarkan dari jam 8 malam hingga 12 pagi, yang mana anda boleh nikmati potongan harga sehingga RM200 dengan perbelanjaan minimum RM600 dan potongan RM600 dengan perbelanjaan minimum RM1,000. Bestnya!
Tak cukup dengan itu, setiap minggu TikTok Shop menampilkan jenama daripada kategori berbeza dengan item popular dan paling laris dalam kategori yang sering menjadi tumpuan pembeli tau. Nak tahu apa dia, kenalah baca sampai habis!
Mulai hari ini sehingga 16 Mei, dan pada 20 Mei, fokus utama akan diberikan pada kategori fesyen dan kecantikan, manakala buat peminat teknologi, anda wajib nantikan promosi pada 21 hingga 23 Mei ini.
Selain itu, untuk anda yang sedang mencari barangan untuk gaya hidup, anda kena tanda kalendar pada 28 hingga 30 Mei ini sebab waktu tu ada banyak promosi hebat yang anda boleh nikmati. Wah, serius tak sabar nak buka TikTok Shop nanti!
Untuk kategori Crazy Friday pada 17 dan 24 Mei serta kategori Payday, terdapat banyak jualan hebat yang akan berlangsung, dan paling best kesemua tawaran masa terhad ini hanya untuk produk yang terpilih saja tau.
Antaranya termasuk jenama seperti Skintific, Garnier, Pink Flash, Emajie, Focallure, DC Cloud, Skinmade, Mewah and The Raw, serta beberapa jenama lain yang menawarkan tawaran eksklusif khas untuk anda. Fuhh, jenama pun bukan biasa-biasa!
Manakala untuk kategori Brand Weekends pula, antara jenama terpilih seperti Jovian RTW, Naelofar, Grace and Glow dan banyak lagi akan menawarkan tawaran eksklusif pada lima peringkat harga istimewa seperti RM6.60, RM16.60, RM26.60, RM36.60 dan RM46.60. Wow!
Promosi ini akan dilancarkan bermula dengan jenama fesyen dan kecantikan, diikuti dengan barangan teknologi dan gaya hidup.
Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom lah buka TikTok Shop sekarang untuk nikmati kesemua promosi hebat ini!
Maklumat lanjut dan untuk nikmati kesemua promosi hebat ni, apa kata anda pergi ke TikTok Shop sekarang juga di aplikasi TikTok!