Nikmati Ayam Penyet Chick N Go Di KFC Dari 2-5 Petang, Hanya Dari RM7.99

Branded

Nikmati Ayam Penyet Chick N Go Di KFC Dari 2-5 Petang, Hanya Dari RM7.99

Soalan paling susah nak dijawab dunia semestinya ‘Nak makan mana?’. Nak tahu apa yang lebih sukar? Cari makanan snek. Kadang-kadang bila lepas waktu makan pun masih lapar, atau bosan pun rasa nak makan kudapan kan? Ada tak bila stres je mulut pun kena ‘exercise’? Masalahnya, nak makan apa?

KFC Ayam Penyet

Nasib baik ada Snek Jimat Ayam Penyet KFC, korang boleh dapat snek serendah RM7.99 je! Masih jimat tapi makan tetap onz. Petang-petang rasa nak mengunyah ketika bekerja di pejabat atau menguruskan rumah, pesan je Snek Jimat Kombo. Tak sampai RM8, boleh dapat 3 item. Tak ada sebab untuk berkira-kira lagi.

Kerangupan luar biasa kruk kruk ayam penyet KFC dari jam 2 hingga 5 petang

Ayam Penyet KFC

Apa yang lebih menarik, untuk Snek Jimat Kombo KFC ini juga ada KFC Ayam Penyet Chick N Go dengan kruk kruk ayam penyet yang rangup dalam setiap kunyahan. Sekali makan pasti teringat-ingat! Penuhi keinginan menikmati KFC dengan fillet ayam digoreng garing hingga keemasan dan citarasa ayam penyet asli. Ayam Penyet Chick N Go ini istimewa kerana didatangkan dengan kentang goreng atau pun ayam goreng beserta minuman, sesuai untuk waktu snek. Berbeza dengan ayam penyet yang biasa yang dihidangkan dengan nasi dan sambal. 

Kruk kruk ayam penyet EKSTRA!

Dengan setiap pesanan juga, korang akan dapat satu bekas kruk kruk ayam penyet yang dimakan bersama untuk kerangupan tambahan. Bayangkan Ayam Penyet Chick N Go pun dah cukup rangup, ditambah dengan kruk kruk penyet tambahan, barulah layan mengunyah! Nikmati Snek Jimat Ayam Penyet pada harga RM7.99 ini dengan memesan di restoran, secara online atau melalui app KFC. Snek Jimat Ayam Penyet ini boleh didapati setiap hari dari jam 2 hingga 5 petang sahaja. Jadi jangan terlepas, pastikan set alarm untuk tidak terlepas ok?

Apa yang ada dalam KFC Snek Jimat Ayam Penyet?

KFC Snek Jimat Kombo A

Snek Jimat Kombo A (RM7.99)

-1 ketul Ayam Penyet Chick N Go

-1 Crispier Fries (S)

-1 Milo Ais (M)

KFC ayam penyet

Snek Jimat Kombo B (RM11.99)

-1 ketul Original Recipe Chicken

-1 keping Ayam Penyet Chick N Go

-1 Milo Ais (M)

Apa tunggu lagi, jom ke KFC berhampiran atau pesan secara online & app KFC sekarang untuk nikmati Snek Jimat Kombo KFC!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...