Nike Menyumbang Lebih 30,000 Pasang Kasut Untuk ‘Frontliner’ Yang Sedang Memerangi COVID-19

COVID-19

Nike Menyumbang Lebih 30,000 Pasang Kasut Untuk ‘Frontliner’ Yang Sedang Memerangi COVID-19

Sebagai penghargaan kepada petugas kesihatan barisan hadapan (frontliner) di seluruh Amerika Syarikat yang kini sedang berusaha memerangi penularan COVID-19, Nike bakal menyumbangkan lebih daripada 30,000 pasang kasut rekaan khasnya.

Air Zoom Pulse, yang keluarkan pada November 2019, merupakan kasut pertama jenama sukan terkenal itu yang direka khas untuk ‘atlet’ frontliner yang juga merupakan wira negara,” kata Nike dalam pengumumannya Isnin lalu.

Advertisement

Kasut ini dibuat setelah melakukan kajian terperinci.

Nike sebelum ini telah ke OHSU Doernbecher Children’s Hospital di Portland, Oregon, untuk mempelajari mereka yang bekerja dalam profesion ini. Mereka telah mengkaji cabaran yang dihadapi para frontliner, termasuklah perlu berdiri selama berjam-jam, tumpahan cecair yang biasa berlaku dan keselesaan yang diperlukan untuk waktu kerja yang lama.

Nike akan bekerjasama dengan Good360 yang merupakan syarikat pengedaran produk yang efisien bagi membantu mengedarkan kasut itu kepada frontliner di Chicago, Los Angeles, Memphis, dan New York City.

Syarikat itu juga memberitahu frontliner di New York City dan Los Angeles juga akan menerima sekitar 95,000 pasang stoking bola sepak yang memberikan keselesaan dan tekanan yang ringan.

Datuk Bandar New York, Bill de Blasio, turut menyampaikan penghargaannya kepada syarikat pakaian sukan terkenal itu.

“Terima kasih banyak, kerana menyokong wira petugas kesihatan barisan hadapan kami.”

Hospital di seluruh Eropah termasuk Barcelona, ??Berlin, London, Milan, Paris dan Belgium juga akan menerima 2,500 pasang kasut tambahan menurut Nike.

Sehingga kini, Nike dan Nike Foundation telah menyumbang lebih daripada USD 25 juta dalam usaha bantuan membanteras COVID-19.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...