Nike Lancarkan Nike Pro Hijab Pada Harga RM99 Di Pasaran Malaysia

Trending

Nike Lancarkan Nike Pro Hijab Pada Harga RM99 Di Pasaran Malaysia

Nike akan melancarkan hijab edisi lasak keluaran mereka di pasaran Malaysia pada 15 Februari ini. Nike Pro Hijab merupakan tudung yang direka khas untuk aktiviti sukan bagi memberikan keselesaan kepada atlet.

Advertisement

Tudung lasak ini diperbuat dari bahan yang mampu memberikan pengudaraan bagi keselesaan kepada pemakai. Ia juga sangat ringan dan mampu memberikan kebebasan pergerakkan kepada pemakai.

Selepas ia dilancarkan, ramai atlet sudah memakai Nike Pro Hijab seperti Manal Rostom atlet yang telah menggunakan hijab ini di New York Marathon, Ibtihaj Muhammad (lawan pedang) dan Zahra Lari (luncur air)

Nike Pro Hijab boleh didapati di Nike Pavilion, Nike KLCC, Nike Midvalley, Nike.com dan laman Zalora bermula 15 Februari ini pada harga RM99.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...