Nike Keluarkan Kasut Yang Direka Khas Buat Doktor Dan Jururawat

Trending

Nike Keluarkan Kasut Yang Direka Khas Buat Doktor Dan Jururawat

Profesion sebagai doktor dan jururawat bukanlah mudah. Mereka menghabiskan masa yang lama di hospital dengan niat murni untuk merawat pesakit tanpa mengenal erti penat lelah.

Apabila melibatkan kes kecemasan ataupun pembedahan, mereka terpaksa berdiri lama. Memang lenguh dibuatnya.

Advertisement

Nike Air Zoom Pulse

Memahami keperluan untuk pekerja perubatan, jenama antarabangsa Nike kini telah mengeluarkan kasut baharu yang direka khusus untuk doktor dan jururawat.

Dikenali sebagai Nike Air Zoom Pulse, kasut tersebut dapat memenuhi pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pekerja perubatan. Ia dihasilkan selepas jenama sukan terbesar dunia itu membuat kaji selidik bersama para profesional di OHSU Doernbecher Children’s Hospital di Portland, Oregon.

Nike Air Zoom Pulse

Nike dilaporkan agak serius mengkaji dan memahami keperluan pekerja sebelum akhirnya berjaya membuat reka bentuk kasut ini.

Nike Air Zoom Pulse dihasilkan dengan tapak tumit yang sangat selamat dan kusyen lembut. Pilihan tepat untuk mereka yang terpaksa bekerja dalam masa yang panjang dan mampu untuk menyokong apa sahaja pergerakan sewaktu kecemasan.

nike kasut doktor jururawat

Reka bentuk Nike Air Zoom Pulse datang dalam tujuh warna yang berbeza dan lebih menarik lagi, enam daripadanya direka oleh pesakit.

Semua hasil jualan kasut perubatan khas ini akan disumbangkan kepada OHSU Doernbecher Children’s Hospital.

Sumber Berita : Nike & Hype Beast

Kredit Foto : Nike

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...