“Nikah Kedua Majlis Besar, Nafkah Anak Tak Cukup’ – Isteri Pendakwah Dakwa Dianiaya

Hiburan

“Nikah Kedua Majlis Besar, Nafkah Anak Tak Cukup’ – Isteri Pendakwah Dakwa Dianiaya

Seorang pendakwah terkenal di Indonesia didakwa menikah secara rahsia tanpa pengetahuan isteri pertamanya, sekali gus mencetuskan perhatian ramai.

Pendedahan itu dipercayai dibuat oleh seorang peguam di TikTok yang mendakwa pendakwah berkenaan telah mengadakan majlis perkahwinan rahsia atau nikah siri secara besar-besaran, sedangkan nafkah untuk anak-anak tidak mencukupi.

Advertisement

Menurut peguam tersebut, isteri pertama pendakwah dikenali sebagai Ibu D, seorang wanita yang selama ini sangat taat dan setia kepada suaminya. Namun, ketaatan itu tidak pernah dibalas dengan kebahagiaan, sebaliknya dia berdepan tekanan emosi kerana dilayan secara tidak adil.

pendakwah kahwin lain

Ibu D dikatakan sering difitnah, malah ada yang menuduhnya nusyuz. Lebih menyedihkan, keluarga suaminya juga dikatakan menyalahkan dirinya atas kemelut rumah tangga tersebut.

Meskipun begitu, Ibu D dilaporkan tetap mahu menuntut keadilan bagi membela haknya dan anak-anak, walaupun dakwaannya terhadap suami sering dianggap fitnah oleh pihak tertentu.

pelakon lelaki serangan seksual
2025-08-26 05:51:46

Pelakon Lelaki Dah Kahwin Didakwa Ajak Gadis Bawah Umur Ke Hotel - "Dipaksa Bercium, Nak Bayar Sebab Rasa Bersalah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok