Pelakon Ainul Aishah khabarnya akan mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Khalid Redzuan dijangkan pada hujung tahun ini.
Ujar Ainul dia juga tidak menolak sekiranya majlis berlangsung lebih awal kerana situasi serta keadaan semasa di Malaysia yang masih belum bebas daripada penularan COVID-19.
View this post on Instagram
Ainul yang dihubungi sebuah media tempatan menjelaskan bahawa dia hanya ‘go with the flow’ dan jika boleh ingin mempercepatkan majlis perkahwinan meskipun hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan insan terdekat.
Hanya ingin mengadakan majlis keraian secara sederhana, Ainul juga turut menceritakan sedikit sebanyak mengenai persiapan perkahwinannya di mana lokasi majlis sudah dikenalpasti termasuklah soal hantaran di kedua-dua belah pihak.
View this post on Instagram
“Persiapan masih lagi berjalan dan ia bukan mudah sebenarnya. Kalau boleh saya mahu semuanya teratur. Setakat ini tinggal lagi untuk kami pilih lokasi yang sesuai dan baju perkahwinan. Hantaran juga sudah ada dalam senanrai. Alhamdullilah ada juga beberapa pihak yang sudi menaja majlis kami nanti, Insya-Allah.”
Ainul dalam pada itu juga sempat ditanyakan sama ada terdapat dugaan ketika menjalani hidup sebagai tunangan orang.
View this post on Instagram
Ujar penyanyi yang pernah muncul dengan single lagu berjudul Don’t Worry Honey itu, setakat ini tiada dugaan besar dihadapi mereka berdua malah perhubungan bertambah baik, tidak seperti kebiasaan yang dihadapi pasangan lain.
“Sebelum ini ada rakan beritahu saya, selepas bertunang mesti akan ada dugaan yang berbeza. Jadi saya pun alaminya juga tapi ia tidaklah membabitkan perkara besar..” akhiri Ainul.