Niena Baharun Punca Raja Afiq Dan Anis Al Idrus Putus Cinta?

Hiburan

Niena Baharun Punca Raja Afiq Dan Anis Al Idrus Putus Cinta?

Sejujurnya, apabila berita putus cinta Raja Afiq dan Anis Al Idrus tersebar, kami tidak menyangka ia akan menjadi satu berita yang hangat sehingga Anis mahu mendedahkan perkara sebenar dengan bukti-buktinya sekali.

Advertisement

Tiba-tiba pula,  heroin Sayangku Kapten Mukhriz, Niena Baharun pula didakwa sebagai punca hubungan Raja Afiq dan Anis berakhir.

Namun, Niena menepis dakwaan liar berkenaan dan menegaskan beliau sudah mempunyai kekasih sebelum beliau mengenali Raja Afiq.

Dakwaan itu sangat kelakar. Saya yang mendengarnya pun tergelak. Pun begitu saya tak melatah kerana menganggap ia asam garam kehidupan anak seni. Diakui ramai kurang senang melihat seseorang mula meraih kejayaan. Jadi saya tak nak ambil pusing. Lagipun tak wujud isu rampas merampas.

Pada masa yang sama, Niena turut menafikan khabar angin kononnya teman lelaki beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan sebenarnya adalah kekasih orang. Ada beberapa pihak telah melabelkan Niena sebagai perampas gara-gara khabar angin tersebut.

Saya mengetahui berita ini apabila ada peminat tulis di laman sosial. Namun, tidak dinyatakan cerita apa. Apabila keluar di akhbar baru saya membacanya. Tak terkejut pun sebab ia bukan cerita betul.

Hurmmph, selagi Anis tidak mendedahkan punca sebenar beliau berpisah, kita tidak boleh menunding jari kepada orang lain. Lagipun, Niena juga sudah berpunya, tidak mungkin beliau akan curang?

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...