Nicol Ann David Terima Gelaran ‘Datuk’, Anggun Berbaju Kurung Di Istana Negara

Hiburan

Nicol Ann David Terima Gelaran ‘Datuk’, Anggun Berbaju Kurung Di Istana Negara

Jaguh skuasy negara, Datuk Nicol Ann David tampil anggun berbaju kurung berwarna ungu dengan rambut rapi bersanggul ketika istiadat menerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 di Istana Negara.

Farid Kamil
3 years ago

Gelaran Datuk Dilucut Setelah 3 Tahun, Farid Kamil Hormati Keputusan Istana

Advertisement

Penampilan Nicol mendapat pujian daripada orang ramai yang menyifatkan beliau tampak ekslusif sesuai dengan penganugerahan yang baru diterimanya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nicol, rata-rata netizen meninggalkan komen positif dan mengucapkan tahniah kepada beliau dan beranggap Nicol merupakan individu yang layak untuk menerima darjah kebesaran itu.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ kepada Nicol.

Nicol Ann David

Nicol, 38, merupakan antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Istiadat itu berlangsung dalam keadaan norma baharu susulan wabak Covid-19 dengan tetamu yang hadir memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera di balai keselamatan Istana Negara.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Bernama

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...