Nabila Huda kini tampil dengan gaya rambut terbaru, persis artis Hollywood.
Pelakon dan juga anak kepada penyanyi lagenda Amy Search ini dilihat telah memuat naik beberapa keping foto menggayakan rambut potongan ‘Cornrow’ sempena satu projek khas di laman instagram miliknya.
Tampil bergaya dengan mengenakan sut potongan ‘baggy’ dalam warna kuning neon, penampilan Nabila Huda ternyata memukau dan kelihatan lebih ‘berani’.
Peminat serta netizen yang mengikuti perkembangan pelakon filem Munafik ini nyata teruja dengan penampilan baru itu malah ada yang menyamakan Nabila dengan bintang Hollywood sensasi iaitu Nicki Minaj.
Sekadar maklumat tambahan, Nabila Huda yang sentiasa berani dalam penampilan dan menyuarakan pendapat ini telah mula bertapak di medan seni dan memulakan karier lakonan seawal usianya 17 tahun iaitu sekitar tahun 2001.
Anonymous
September 9, 2020 at 9:44 am
Nothing wow there.
Anonymousjugak
September 9, 2020 at 4:10 am
Dah tua Bil..nampak karat..yg muda cantik gebu putih semua dah berhijab..yg tua mak org berNikki Minaj la pulok..mcm Milli Vanilli so 80ssssss…..
ryu
September 8, 2020 at 4:55 pm
ha ni baru cultural appropriation.