“Niat Nak ‘Stop’ Orang Kecam Kakak” – Cerita Kisah Sebenar, Ibu Kesal Banyak Percakapan Tak Disiar Di Stesen TV

Trending

“Niat Nak ‘Stop’ Orang Kecam Kakak” – Cerita Kisah Sebenar, Ibu Kesal Banyak Percakapan Tak Disiar Di Stesen TV

Tragedi berdarah di mana seorang remaja perempuan tertikam adik lelakinya sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia mengejutkan ramai orang.

Kisah sebenar kejadian itu yang dikongsikan sendiri oleh ibu mereka berdua di rancangan televisyen popular baru-baru ini telah meraih perhatian.

Advertisement

2 years ago

"Ibu, Nanti Kakak Masuk Neraka Sorang-Sorang Ke? Kakak Tak Sengaja" - Ibu Cerita Kisah Sebenar Kakak Tertikam Adik

Penjelasannya bagaimanapun menerima kritikan daripada peguam Asiah Abd Jalil yang berpendapat cara si ibu bercerita itu seolah-olah tertuduh bukanlah anaknya.

Katanya, ibu yang baik tidak akan pilih kasih, tidak kiralah apa sebenarnya yang berlaku. Malah, Asiah turut tidak bersetuju wanita itu mendedahkan semua kepada wartawan tersebut.

Menyedari dirinya dikritik, ibu kepada tertuduh itu kemudian telah menghubungi Asiah dan menjelaskan perkara yang sebenar daripada pihaknya.

Katanya, wartawan rancangan tersebut sampai di rumahnya bersama sepasukan polis jadi dia terpaksa membuka pintu dan menjemput mereka masuk.

Jelasnya lagi, dia tidak tahu bahawa tidak wajib untuknya menjawab semua soalan wartawan dan akui niatnya hanya mahu membersihkan nama anak sulung yang dikecam orang ramai.

Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan bahawa ada banyak percakapannya telah disunting dan tidak disiarkan di rancangan berkenaan.

Niat saya untuk menghentikan orang ramai daripada terus mengecam kakak. Rupa-rupanya banyak yang saya cakap tidak disiarkan. Sedih puan.”

 

Asiah juga turut berkata wartawan dan stesen televisyen berkenaan tidak bertanggungjawab dan tiada etika selain mengatakan rancangan terbabit hanya menangguk di air keruh dengan menyunting video demi mengejar rating tinggi.

Sementara itu, Majistret dilaporkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan perlu melaporkan diri ke balai polis setiap bulan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 5 Disember akan datang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...