Pelakon Sweet Qismina yang kini sedang hangat bercinta dengan kekasih dan juga rakan artis, Adam Lee menyatakan bahawa mereka berdua sememangnya ada menyimpan hasrat untuk membawa hubungan percintaan ini ke satu tahap lagi iaitu ke jinjang pelamin.
Sweet,23, bagaimanapun berkata dia dan Adam, 26, masih belum sempat membuat sebarang perancangan untuk menamatkan zaman bujang.
“Niat untuk berkahwin dengan Adam itu sudah tentu ada. Tapi kami belum ada sebarang perancangan seperti tarikh, tema dan tunang dan semua berkaitan tu belum ada lagi,”
Dia ditemui ketika sesi Pink Smile bersama media yang turut disertai barisan pelakon utama iaitu Fattah Amin serta pengarah, Ayie Mustafa.
View this post on InstagramAngle penting kalau nak nampak jawline ? btw, LUNA IS WEARING @mcvogue.com.my ! ? #fqs
Mengulas dengan lebih lanjut, Sweet memberitahu, dia akan berkongsi apa-apa berita gembira mengenai perkara itu kepada peminat jika ada kelak.
“Kalau ada apa-apa berita berkenaan perkara itu, mesti saya akan kongsikan di platform media sosial. Mungkin akan ada gambar cincin ke atau apa-apa yang berkaitan. Apa-apa pun, tunggu saja ya. Doakan yang baik-baik untuk saya dan Adam,”
Mengimbas kembali, Sweet dan Adam secara terbuka mendedahkan mereka adalah pasangan kekasih selepas sering saja memuat naik foto bersama di Instagram. Untuk perkembangan terbaru, Sweet bakal muncul dalam drama bertajuk Pink Smile yang bakal ditayangkan pada 31 Julai ini. Drama itu turut dibintangi Fattah Amin, Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir dan ramai lagi.
Sumber: Astro Gempak