August 26th, 2020

Pelakon dan juga usahawan kosmetik, Syatilla Melvin kini bakal bergelar pengusaha jamu tidak lama lagi.

Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin memaklumkan mengenai perkara itu di laman instagram miliknya apabila dia memuat naik sebuah video produksi makanan kesihatan tersebut.

Dalam pada masa yang sama, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam ini juga meluahkan rasa syukur di atas kejayaan perniagaan kosmetiknya yang berjenama ‘Kekasih’ miliknya itu.

“Alhamdulillah alhamdullilah alhamdullilah! Lepas kejayaan kosmetik @kekasih_hq, Allah kabulkan doa tilla nak sangat ada jamu sendiri! Ya Allah tak sangka bila tengok production sendiri berjalan macam ni,”

Syatilla juga menjelaskan bahawa dia berniat untuk membantu suri rumah dan golongan wanita untuk menjana pendapatan sendiri dengan menjadi stokis atau ‘dropship‘ priduk jamunya itu.

 Menggunakan nama @pengaseh.hq sebagai jenama produk jamunya itu, dia turut berharap perusahaan makanan kesihatan ini bakal laris dan berjaya sama seperti kejayaan produk kosmetiknya sebelum ini.


5 responses to ““Niat Nak Bantu Wanita Supaya Ada Pendapatan Sendiri,” Syatilla Melvin Kini Bergelar Usahawan Jamu Setelah Keluarkan Produk Kosmetik ‘Kekasih’”

  1. Anonymous says:

    kenapa aq nmpk mcm kilang dia kotor

  2. zizi says:

    adoii beginikah cara kilang tu dok proses brg kosmetik yg korg kluakan tu.. juz tanye tau.

  3. yokai says:

    adoiiiii bginikah contoh kilang2 yg korg kluarkan produk tu? juz tanya je.. bukan dengki tau

  4. Adi Channel says:

    Niat yang kompom memberi hasil yang baik

  5. Syazni Rahim says:

    Ok la tu, niat yang murni

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...