Baru-baru ini, seekor kucing seperti seorang kanak-kanak telah meraih perhatian ramai susulan beratnya sudah mencecah sebanyak 17kg.
Berat hampir cecah 20kg
Difahamkan dari laporan Mirror UK, kucing yang mengalami obesiti itu telah diselamatkan dari ruang bawah tanah di sebuah hospital yang terletak di Rusia.
Menurut laporan, berat kucing tersebut yang hampir mencecah 20kg itu susulan sering diberi makan seperti biskut dan sup oleh staf-staf hospital terbabit.
Niat pekerja-pekerja hospital tu baik nak bagi kucing ni makan supaya ia tak lapar namun jadi obesiti pulak sebab terlebih makanan.
Sukar nak berjalan, jalani diet ketat
Kerana mempunyai berat yang berlebihan, kucing gebu itu turut mengalami kesukaran untuk berjalan kerana perlu tampung berat yang melampau.
Tidak cuma itu, bahkan doktor haiwan juga tidak dapat melakukan ultrasound scan kerana lapisan lemak yang di dalam badan kucing itu terlalu tebal.
Kini, kucing berkenaan sedang menjalani diet yang ketat oleh sukarelawan di pusat perlindungan yang didiami supaya berat badannya kembali normal.