Pelakon Nadia Brian menyedari kriteria bakal suami yang dinyatakan sebelum ini ditertawakan di diperli warganet di laman sosial namun tidak mengambil pusing tentang itu.
Katanya, sudah tentulah kriteria suami yang diinginkan kebanyakan wanita adalah lelaki yang beragama agar dapat membimbing isteri.
Tambah aktres itu, dia sedar kenyataan itu dijadikan bahan oleh seorang individu untuk membuat content namun menganggap ia hanyalah gurauan.
Ada yang buat content sampai telefon ustaz di Mekah la. Saya tidak kenal individu tersebut tapi saya anggap dia hanya gurau, buat content semata-mata.”
View this post on Instagram
Jelas Nadia, dia berharap semua mendoakan yang baik-baik untuknya meskipun ada yang menganggap penampilan seksi digayakannya tidak selari dengan keinginan mempunyai suami kuat agama.
Penampilan saya bukannya keterlaluan, kalau keterlaluan pun saya minta maaf. Saya masih jaga batas, tidak ganggu sesiapa dan tahu jaga diri.”
Nadia turut akui mempunyai niat untuk berubah menjadi lebih baik namun memilih untuk tidak berkongsi tentang hal itu kerana berpendapat ia bersifat peribadi.
Saya ada mendekati agama untuk diri saya sendiri seperti mengaji. Tapi saya tak kongsi kepada orang ramai.”