Niat Mahu Merebus Telur Bertukar Ngeri Apabila Isi Telur Bertukar Menyerupai Cacing

Trending

Niat Mahu Merebus Telur Bertukar Ngeri Apabila Isi Telur Bertukar Menyerupai Cacing

Tekstur pelik menyerupai cacing ditemui di dalam telur yang direbus seorang wanita di Thailand baru-baru ini. Rangsiya Sara-uppatham dari Chonburi membeli telur tersebut di Tesco Lotus terkejut apabila melihat isi di dalam telur itu bertukar aneh.

Gambar yang dikongsikan olehnya ini kemudian tular dan menjadi perbualan hangat di media sosial Thailand. Sehari selepas kejadian, Tesco Lotus dan Jabatan Kawalan Penyakit datang ke rumahnya mengambil telur tersebut untuk diuji di makmal.

Advertisement

Ramai yang membuat spekulasi mengenai kewujudan aneh di dalam telur itu dengan mendakwa ianya dimasuki cacing. Dr Taweesak Songserm dari Fakulti Perubatan Veterinar di Universiti Kasetsart mengatakan cacing biasanya tidak dapat memasuki telur kerana kulitnya yang keras.

Kandungan bakteria terlalu tinggi

isi telur

Tekstur pelik yang muncul itu adalah disebabkan oleh kuantiti tinggi bakteria yang mengubah sifat telur dan mengakibatkan penampilan seperti cacing. Wanita ini bernasib baik kerana menyedari perkara ini lebih awal sebelum menggunanya untuk memasak hidangan yang lain.

Baru-baru ini juga, satu kes keracunan makanan melibatkan 99 mangsa yang berpunca daripada telur berlaku di Terengganu. Penggunaan telur yang sudah tamat tempoh menjadi punca utama keracunan itu berlaku. Untuk mengetahui kaedah untuk mengenalpasti telur yang sudah tamat tempoh, anda boleh klik pautan di bawah.

Artikel berkaitan: Telur ‘Expired’ Menjadi Punca Kes Keracunan Makanan, Ketahui Cara Untuk Kenalpasti Telur Yang Sudah Tamat Tempoh

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...