Niat Mahu Mengaut Keuntungan Berganda Tidak Kesampaian, Akhirnya 17,700 Stok Sanitizer Terpaksa Didermakan

Trending

Niat Mahu Mengaut Keuntungan Berganda Tidak Kesampaian, Akhirnya 17,700 Stok Sanitizer Terpaksa Didermakan

Demi mengaut keuntungan yang luar biasa dengan menjual sanitizer, seorang penjual di laman Amazon telah memborong 17,700 botol sanitizer untuk dijual pada harga yang tidak masuk akal. Namun, perancangan lelaki ini menjadi sia-sia apabila dia terpaksa mendermakan kesemua sanitizer yang dimilikinya selepas pihak berkuasa bakal membuka siasatan terhadapnya atas dakwaan pencatutan harga.

Matt Colvin yang berasal dari Tennessee, Amerika Syarikat ini telah memborong habis kesemua sanitizer di setiap farmasi, pasar raya dan kedai runcit untuk dijadikan stok supaya dapat menjual kembali pada harga yang jauh lebih tinggi dalam talian.

Advertisement

Harga yang dijual oleh Matt untuk satu sanitizer boleh menjangkau hampir RM 305.00 mengikut mata wang Malaysia di eBay. Walaupun harga tersebut amat mahal, Matt telah berjaya untuk menjual sekitar 300 botol sanitizer.

stok sanitizer

Masalah mula timbul apabila laman Amazon dan eBay telah menyekat sebarang penjualan sanitizer dan topeng muka pada harga yang tidak masuk akal. Stok sanitizer sebanyak 17,700 yang dimiliki Matt tidak lagi mampu dijual menerusi medium tersebut.

New York Times telah menulis artikel khas mengenai Matt dan stok sanitizer tersebut dan seperti yang dijangka Matt menerima kecaman yang hebat oleh orang ramai. Rata-rata menuduhnya sebagai seorang yang mementingkan diri dan opportunist kerana mengambil kesempatan di tengah tengah krisis yang sedang melanda.

Kekesalan Matt akhirnya muncul kerana tidak menyangka virus ini memberi satu kesan yang teruk terhadap seluruh dunia. Perniagaan dalam talian yang sudah diusahakan hampir 10 tahun ini bakal mengalami kerugian besar kerana produk sanitizer miliknya tidak lagi dapat dijual.

Kecaman teruk yang diterima Matt sehingga ada yang memberi ugutan bunuh terhadapnya dan keluarga. Selain itu, Matt tanpa henti menerima kecaman menerusi telefon. Pihak berkuasa Tennessee memandang serius perkara tersebut kerana perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Semua orang berhak membeli produk kesihatan pada harga pasaran, bukannya harga reseller yang tidak masuk akal.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...