Niat Kenduri Aqiqah Anak Dibatalkan Kerana COVID-19, Shukri Yahaya Selamat ‘Tumbang’ Dua Ekor Kambing Di Mekah

Hiburan

Niat Kenduri Aqiqah Anak Dibatalkan Kerana COVID-19, Shukri Yahaya Selamat ‘Tumbang’ Dua Ekor Kambing Di Mekah

Niat pelakon Shukri Yahaya untuk mengadakan kenduri aqiqah untuk anak keduanya iaitu Maleeq Miqayl yang kini berusia tujuh bulan terpaksa dilupakan gara-gara wabak pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

Shukri Yahaya Sumber : Instagram Shukri Yahaya  

Susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara pada waktu ini, hasrat murni pelakon drama 7 Hari Mencintaiku serta isterinya, Tya Adnan itu lenyap begitu sahaja.

Advertisement

Meskipun begitu, Shukri,33,masih lagi meneruskan niat aqiqah walaupun tidak dapat mengadakan majlis kenduri bersama ahli keluarga dan sahabat handai dengan mewakilkan pihak Aqiqah Centre untuk menguruskan urusan aqiqah Maleeq di Mekah.

Selamat ‘mengirimkan’ dua ekor kambing untuk anak lelakinya itu, Shukri dan isteri meluahkan rasa syukur kerana urusan tersebut dipermudahkan meskipun ianya telah dilaksanakan di negara tanah suci yang jauh beribu batu.

IG Shukri YahayaSumber : Instagram Shukri Yahaya  

“Kesian Maleeq Miqayl lahir pada zaman pandemik ni, sebab Shuk tak boleh nak buatkan untuk dia aqiqah macam kakak dia, ada kenduri semua tu lah. Tapi dua hari lepas Shuk berhubung dengan @aqiqahcentredotcom untuk dia buatkan aqiqah Maleeq di Mekah, hari ini mereka bagi bukti yang mereka dah tunaikan tanggungjawab itu.”

Shukri Yahaya dilihat telah berkongsikan berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di Instagram Storynya untuk tatapan peminat yang mengikuti perkembangan mereka sekeluarga di media sosial.

Sekadar info, Shukri dan Tya Adnan telah selamat mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 yang lalu di Masjid Mizan Zainal Abidin, Putrajaya. Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aaira Ameena dan Maleeq Miqayl.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Shukri Yahaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...