“Niat Baik Saya Dipermainkan..” – Noraniza Idris Buat Laporan Polis, Dakwa Dianiaya Sebuah Akademi Latihan Keusahawanan

Hiburan

“Niat Baik Saya Dipermainkan..” – Noraniza Idris Buat Laporan Polis, Dakwa Dianiaya Sebuah Akademi Latihan Keusahawanan

Ratu etnik kreatif dan irama tradisional, Noraniza Idris, telah membuat laporan polis selepas mendakwa perniagaan muruku miliknya, Che Ani Premium, dianiaya oleh sebuah akademi latihan keusahawanan, mengakibatkan kerugian sebanyak RM630,000.

Memetik laporan Astro Gempak, Noraniza atau lebih dikenali sebagai Kak Ani, berkata bahawa dia mula menyedari dirinya seakan ditipu apabila akademi tersebut gagal membuat sebarang pembayaran selepas mengambil produknya selama lebih sebulan, melibatkan kira-kira 20,000 pek.

Advertisement

noraniza idris

Saya terima pelawaan mereka kerana ingin membantu. Lagipun, saya memang sentiasa sokong aktiviti amal kebajikan.

 

Tapi, niat baik saya dipermainkan apabila pihak terbabit melanggar perjanjian dengan hanya membayar sekitar RM3,000 sahaja. Itu pun secara berperingkat.

 

Sejak menyedari diri ditipu sejak Jun tahun lalu, saya sering menuntut bayaran daripada mereka. Tapi sehingga kini pelbagai alasan diberikan menyebabkan nilai kerugian yang saya tanggung mencecah RM630,000.

 

Difahamkan, kerugian tersebut merangkumi mesin khas pembuatan muruku, percetakan, pembungkusan yang tertera logo syarikat mereka serta kos pembayaran pekerja.

noraniza idris

Terpaksa rehatkan pekerja

Akibat penganiayaan itu, dia terpaksa merehatkan lebih 10 orang pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka.

Bagi memenuhi permintaan syarikat itu, saya perlu tambah kakitangan. Tapi selepas perkara ini berlaku, daripada 20 orang pekerja sekarang hanya tinggal empat orang sahaja.

 

Saya tak boleh tutup perniagaan ini sebab ini adalah bisnes keluarga. Jadi, mahu atau tidak saya terpaksa teruskan kerana kami masih lagi menerima permintaan secara atas talian.

Emosi anak dan keluarga terganggu

Noraniza turut meluahkan rasa kesal kerana kejadian tersebut turut memberi kesan emosi kepada anak-anaknya serta keluarganya lebih-lebih lagi mengenangkan usaha membangunkan syarikat ini telah dilakukan sejak setahun lalu.

noraniza idris

Apabila keadaan ini berlaku, saya kesian tengok anak-anak saya. Mereka sanggup tak tidur dan berjaga malam untuk pastikan kilang ini dapat terus beroperasi.

 

Saya nekad buat laporan polis supaya sekurang-kurangnya kami dapat hak kami semula dan pada masa yang sama bantu orang lain agar tidak terpedaya dengan individu seperti ini.

 

Saya harap mereka yang terlibat membaca artikel ini dan tampil memberi penjelasan mengapa mereka melakukan penganiayaan seperti ini. Sekurang-kurangnya, syarikat lain juga dapat lebih berhati-hati.

Sebelum ini, Noraniza mendakwa telah dianiaya oleh sebuah akademi latihan keusahawanan sehingga menyebabkan dirinya mengalami kerugian sebanyak RM630,000 pada awal tahun ini.

Difahamkan, akademi tersebut menawarkan platform bagi penjualan produk makanan, termasuk muruku yang diusahakan oleh penyanyi itu.

Noraniza Idris dikritik buat konsert tak gempak dan gah
2 months ago

Dikritik Konsert Qalam 3 Hari 3 Malam Tempoh Hari Tak 'Gempak', Noraniza Idris Akui Kecil Hati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...