Niat Baik Disalah Erti, Penumpang Serik Tawar Tempat Duduk Pada Wanita Berisi – “Kalau Pregnant, Tolong Inform Kalau Nak Duduk

Kehidupan

Niat Baik Disalah Erti, Penumpang Serik Tawar Tempat Duduk Pada Wanita Berisi – “Kalau Pregnant, Tolong Inform Kalau Nak Duduk

Gara-gara tidak mahu dianggap sebagai seseorang yang mementingkan diri, seorang wanita yang menaiki Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) telah menawarkan tempat duduknya kepada individu lain yang dianggap lebih memerlukan.

perempuan bagi seat dekat orang mengandung

gambar hiasan

Namun, dia tidak menyangka niat baiknya untuk memberikan tempat duduk kepada penumpang wanita tersebut berakhir dengan insiden yang memalukan.

Advertisement

Menurutnya, tawaran itu ditolak kerana wanita yang disangkakan hamil itu sebenarnya tidak mengandung.

Kalau korang pregnant, perut kecil, buncit sikit je. Minta tolong, kalau nak duduk dalam LRT tolonglah inform kami yang tengah duduk ni.

 

Cakap je nak duduk. Bukan apa, tadi saya dah terkena. Saya tegur dia ‘Puan, duduk lah’, kemudian dia cakap ‘Saya tak mengandung’.

perempuan bagi seat dekat orang mengandung

gambar hiasan

Situasi itu membuatkan dia berasa bersalah kerana dia sama sekali tidak berniat untuk menyinggu atau menghina, sebaliknya hanya ingin membantu.

Sumpah saya tak judge dia buncit. Lepasni saya buat bodoh je melainkan perut dia betul-betul besar.

Selepas kejadian itu, wanita itu mengakui kesal dan sedikit trauma apabila berdepan individu yang berbadan besar.

Sekarang kalau saya nampak orang perut buncit, mesti saya terfikir dia ni mengandung ke buncit.

 

View on Threads

 

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata meluahkan mereka juga berdepan dengan situasi yang sama.

komen threads komen threads komen threads

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

Anak Luah Rasa Kesal, Ibu 'Spend' Duit Hibah Hampir RM800,000 Dalam Masa Setahun - "Seumur Hidup Tak Pernah Pegang Duit, Tu Jadi Jakun"
2025-07-16 12:41:49

Anak Luah Rasa Kesal, Ibu 'Spend' Duit Hibah Hampir RM800,000 Dalam Masa Setahun - "Seumur Hidup Tak Pernah Pegang Duit, Tu Jadi Jakun"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...