Niat Baik Dipuji Netizen, Alif Syukri Hadiahkan Ibu Mentua Honda CR-V

Hiburan

Niat Baik Dipuji Netizen, Alif Syukri Hadiahkan Ibu Mentua Honda CR-V

Bertindak membuat kejutan kepada ibu mentuanya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), usahawan kosmetik penuh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kini raih perhatian umum.

Advertisement

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya, Aliff dilihat tampil memberi kejutan sebuah kenderaan jenis Honda CR-V itu merupakan kereta yang diimpikannya mentuanya, Rohani Hassan sejak dahulu lagi.

aliff syukri surprise ibu mertua honda cr-v

“Saya gembira sangat hari ini sebab dapat belikan kereta kegemaran mak mentua saya. Bukan main gembira dia dapat kereta ni. Maklumlah dari zaman muda mengidam nak pakai, akhirnya dapat juga. Kalau tak ada mereka, tak pasti saya ada isteri sebaik Shahida.”

Kata isterinya, Aliff merupakan menantu kesayangan ibunya kerana satu-satunya menantu lelaki dalam keluarganya.

Tidak ketinggalan, pelantun lagi Bobo Di Mana ini juga sempat menitip pesanan kepada netizen agar sentiasa berbakti dan melakukan yang terbaik buat ibu bapa mentua.

“Bagi saya, kita kena berbuat baik dengan mentua sebab kalau tak kerana mentua kita, mungkin saya tak dapat isteri saya seperti sekarang. Disebabkan didikan mentua juga kita dapat pasangan yang baik. Selagi ada hayat, berbaktilah pada ibu bapa dan mentua kita sebab doa-doa mereka kita berjaya sehingga kini.”

Seperti sudah dijangka ke ruangan komen, rata-rata pengikuynya menzahirkan rasa gembira melihat Aliff sehingga kini bagai tidak putus berkongsi rezeki dengan ramai pihak. Malah, mereka juga tidak terlepas memuji sifat pemurah yang ada pada diri insan yang bernama Aliff Syukri.

aliff syukri surprise ibu mertua honda cr-valiff syukri surprise ibu mertua honda cr-valiff syukri surprise ibu mertua honda cr-v

Untuk rekod, Aliff telah sah bergelar suami kepada Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan ity, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.

Sumber: IGTV Aliff Syukri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...