Bertindak membuat kejutan kepada ibu mentuanya dengan menghadiahkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), usahawan kosmetik penuh sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri kini raih perhatian umum.
Menerusi sebuah posting yang dimuat naik di laman Instagramnya, Aliff dilihat tampil memberi kejutan sebuah kenderaan jenis Honda CR-V itu merupakan kereta yang diimpikannya mentuanya, Rohani Hassan sejak dahulu lagi.
“Saya gembira sangat hari ini sebab dapat belikan kereta kegemaran mak mentua saya. Bukan main gembira dia dapat kereta ni. Maklumlah dari zaman muda mengidam nak pakai, akhirnya dapat juga. Kalau tak ada mereka, tak pasti saya ada isteri sebaik Shahida.”
Kata isterinya, Aliff merupakan menantu kesayangan ibunya kerana satu-satunya menantu lelaki dalam keluarganya.
Tidak ketinggalan, pelantun lagi Bobo Di Mana ini juga sempat menitip pesanan kepada netizen agar sentiasa berbakti dan melakukan yang terbaik buat ibu bapa mentua.
“Bagi saya, kita kena berbuat baik dengan mentua sebab kalau tak kerana mentua kita, mungkin saya tak dapat isteri saya seperti sekarang. Disebabkan didikan mentua juga kita dapat pasangan yang baik. Selagi ada hayat, berbaktilah pada ibu bapa dan mentua kita sebab doa-doa mereka kita berjaya sehingga kini.”
Seperti sudah dijangka ke ruangan komen, rata-rata pengikuynya menzahirkan rasa gembira melihat Aliff sehingga kini bagai tidak putus berkongsi rezeki dengan ramai pihak. Malah, mereka juga tidak terlepas memuji sifat pemurah yang ada pada diri insan yang bernama Aliff Syukri.
Untuk rekod, Aliff telah sah bergelar suami kepada Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan ity, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.
Sumber: IGTV Aliff Syukri