“Niat Agar Kita Semua Lebih Celik..” – Tidak Kisah Nama Diseru Sana-Sini, Tun Laila Tak Henti Kongsi Ilmu Undang-Undang

Kehidupan

“Niat Agar Kita Semua Lebih Celik..” – Tidak Kisah Nama Diseru Sana-Sini, Tun Laila Tak Henti Kongsi Ilmu Undang-Undang

Baru-baru ini, nama pempengaruh dan peguam, Tun Laila sering menjadi bualan netizen di laman TikTok lagi-lagi di ruangan komen video-video viral yang ada meskipun tiada kaitan dengan pempengaruh itu. Kata Laila, dia hanya ingin berkongsi ilmu bagi kebaikkan semua.

Sering dikecam di media sosial

Pempengaruh yang mempunyai 760K followers di TikTok ini berkata dirinya tidak asing lagi dengan kecaman daripada pengguna media sosial dari awal dia menjadi peguam pelatih hinggakan sekarang.

Advertisement

Namun demikian, disebabkan minat yang mendalam, Laila tetap tidak mahu berhenti menyampaikan informasi bermanfaat di media sosial walaupun sentiasa menerima komen negatif.

Masalah melibatkan undang-undang bukan mudah atau straight forward, jadi banyak perkara perlu diteliti termasuk fakta dalam sesuatu kes.

 

Undang-undang yang terpakai dalam fakta kes terbabit boleh memakan masa yang agak lama untuk difahamkan.

@yarafaee  #random #experience #vlog ♬ original sound – tun. – Tun Laila

Perkongsian sebagai seorang influencer

Tambahan pula, Laila mengakui dirinya dapat belajar lebih banyak selepas dirinya bergelar influencer. Menurutnya, setiap yang terjadi adalah satu proses pembelajaran buatnya dan orang ramai.

Selain itu, peguam berumur 26 tahun ini turut menjelaskan punca dia tetap ingin berkongsi ilmu undang-undang di media sosial. Ia adalah bagi membantu rakyat Malaysia lebih memahami sistem perundangan yang ada di negara kita walaupun hanya asas.

Kalau dulu memang saya buat video dan muat naik di media sosial sebagai hobi, tetapi sekarang saya memang buat video berkenaan undang-undang dengan niat agar kita semua lebih celik mengenainya.

@yarafaee #criminal #lawyer #vlog #collaboration ♬ original sound – Tun Laila

Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tun laila
5 months ago

"Kalau Saya 'Desperate' Mungkin Terima.." - Pempengaruh & Peguam Pernah Ditawarkan 8K USD Untuk 'Promote' Judi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...