Sebelum ini, model terkenal, Nia Atasha telah dipilih untuk menjadi salah seorang muka hadpan untuk kempen terbaru jenama pakaian dalam wanita, Victoria Secret.
Menerusi temu bual bersama Eh!, Nia atau nama penuhnya Nia Atasha binti Rosli berkata ianya satu penghormatan baginya untuk dipilih dan diberi peluang menjadi model kepada jenama terkenal itu.
Bukan itu sahaja, model berusia 26 tahun itu memaklumkan dia sudah lama mempunyai impian untuk menjadi model jenama itu sejak memulakan karier.
Meninjau di ruangan komen, rara-rata rakan artis telah memuji dan mengucapkan tahniah kepada Nia kerana menjadi model pertama yang berbangsa Melayu di jenama Victoria’s Secret.
Bagaimanapun, ada juga segelintir pihak yang meluahkan rasa kurang senang dengan pemilihan Nia sebagai jenama pakaian dalam itu.
Malah, ramai yang tidak menyokong model beragama Islam menjadikan peragaan pakaian dalam sebagai satu kerjaya yang patut dibanggakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.