Nia Atasha Akui Putus Cinta Dengan Qi Razali

Hiburan

Nia Atasha Akui Putus Cinta Dengan Qi Razali

Mendedakan hubungan cintanya bersama pelakon Qi Razali telah berakhir pada sekitar awal tahun ini, model dan pelakon Nia Atasha menjelaskan hubungannya bersama aktor tersebut hanya berkawan baik.

nia atasha putus cinta dengan qi razali

Advertisement

Menurut Nia, meskipun memutuskan untuk tidak lagi menjalin hubungan cinta bersama Qi, namun kedua-dua mereka menerima baik keputusan tersebut.

“Saya dan Qi tidak lagi bercinta sejak awal tahun ini, tetapi, apa yang boleh saya katakan, kami berdua okay sahaja dengan keputusan yang dibuat.”

Bagaimapun, Nia yang popular dengan sikap profesionalnya itu langsung tidak mahu menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan umum terutamanya sekali di media sosial.

nia atasha putus cinta dengan qi razali

“Saya cuba untuk sentiasa bersikap tenang, saya juga tak kisah jika ada yang bertanya kepada saya secara terbuka di media sosial kerana saya tak mahu sorokkan perkara ini.”

nia atasha putus cinta dengan qi razali

Terdahulu, sekitar April tahun lalu, Qi pernah menyatakan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga bersama model tersebut. Malah, Qi juga sebelum ini mengakui beliau sudah menghantar rombongan merisik sekitar tahun 2018 dan bakal mengikat tali pertunangan bersama Nia.

Namun hasratnya itu bagai tinggal kenangan apabila kedua-dua mereka difahamkan telah putus cinta sekitar Januari lalu.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...