Pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad, sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas menerima kritikan susulan gurauan terhadap rakan pengacaranya, Sherry Alhadad, ketika mengendalikan program nyanyian popular Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) pada Ahad lalu.
Menerusi potongan klip yang tular di media sosial, Nabil dilihat berseloroh dengan mengatakan bahawa Sherry “tiada rumah tangga”, sekaligus mencetuskan pelbagai reaksi daripada penonton.

Seorang pengguna Threads meluahkan rasa kurang senang terhadap gurauan tersebut dan menyifatkan tindakan Nabil sebagai melampaui batas serta tidak sensitif.
Buat lawak? Ini tak lawak, biadab. Nabil ni tak belajar dari kesilapan lepas? Tetap juga bermulut lepas.
Menurut individu berkenaan, jenaka sebegitu tidak sesuai dilakukan dalam rancangan yang ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat, termasuk keluarga dan kanak-kanak.
Dekat rancangan yang ditonton keluarga buat lawak macam itu, tak ada common sense.
Di ruangan komen, rata-rata warganet turut memberikan pelbagai pandangan ada yang bersetuju bahawa Nabil sepatutnya lebih berhati-hati ketika berjenaka, terutama apabila melibatkan soal peribadi seseorang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
