Personaliti media sosial terkenal, Khairul Aming, turut menyertai trend tular di media sosial dengan melakukan tarian Velocity.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, Khairul Aming bersama sahabat baiknya, Azfar Heri, menyahut cabaran tersebut.
Namun, apa yang mencuri perhatian ialah lagu asal Velocity digantikan dengan ayat tanda dagang Khairul Aming, iaitu “Hey what’s up guys”.
Hantaran itu segera mencetuskan reaksi netizen, yang rata-ratanya mengusik dan menghiburkan diri dengan kreativiti Khairul Aming.
Sebelum ini, ramai peminat berkongsi pengalaman lucu mereka yang gagal menghasilkan masakan seperti dalam resipi 30 Hari 30 Resepi Ramadan oleh Khairul Aming.
@khairulaming Tolong doakan batch tahun ni
Di media sosial, ada yang memuat naik hasil masakan mereka yang kelihatan jauh berbeza daripada versi yang ditunjukkan oleh Khairul Aming, mencetuskan pelbagai reaksi menghiburkan dalam kalangan netizen.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.