“Ni Sebab Aku Suka MK, Dia Muliakan Mak Dia” – Netizen Puji MK ‘Meluru’ Cium Peluk & Bagi Hadiah Pada Ibu Lepas Nikah

Hiburan

“Ni Sebab Aku Suka MK, Dia Muliakan Mak Dia” – Netizen Puji MK ‘Meluru’ Cium Peluk & Bagi Hadiah Pada Ibu Lepas Nikah

Penyanyi rap daripada kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan selamat disatukan dengan pilihan hatinya, Siti Hajaar Syeikh Nordin pagi semalam dalam sebuah majlis serba sederhana dihadiri rakan dan keluarga kedua-duanya.

Ramai yang memuji pasangan pengantin baru itu yang pandai menyembunyikan majlis mereka sehingga saat-saat akhir daripada dihidu peminat.

Advertisement

Menerusi satu temu bual, MK mendedahkan bahawa dia memilih Siti Hajaar untuk menjadi peneman hidupnya kerana wanita itu banyak mengajarnya tentang kehidupan serta mendorongnya menjadi manusia yang lebih baik.

mk k-clique kahwin
2 years ago

(TAHNIAH) 'Rapper' Kesayangan Ramai Dah 'Off-Market', MK K-Clique Sah Jadi Suami Dengan Sekali Lafaz

Dalam pada itu, ramai netizen memuji MK kerana tetap tidak melupakan dan menghargai ibunda tercinta apabila dia dirakam memberikan bunga serta hadiah kepada wanita tersebut.

Menerusi rakaman yang tular di TikTok, MK dilihat pergi ke arah ibunya dan melutut sebelum memberikan hadiah tersebut dan menciumnya.

Rata-rata warganet yang menonton video itu memuji MK kerana tidak lupa pada insan bergelar ibu serta yakin bahawa isterinya, Hajaar juga akan menerima layanan yang baik daripadanya.

Dia muliakan mak dia inshaAllah isteri dia mesti dia layan bagaikan bidadari.”

@hairiwhuutt3

kasih ibu tiada noktah..bahkan sampai hujung dunia sekali pun ? #mkkclique #sitihajar #hairiwhuut #mkccliquenikah #foryourpage

? original sound – bigboss – bigboss

Dalam kalangan peminat MK juga memang sudah tahu penyanyi rap kesayangan mereka ini sememangnya sangat rapat dan memuliakan serta melayani ibunya dengan baik.

Kalau bukan peminat MK pun, apa yang dia lakukan ini tak dinafikan boleh dijadikan contoh kepada semua di luar sana tak kira lelaki atau perempuan agar kita melayani dan membahagiakan ibu sehingga akhir hayat mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...