Personaliti media sosial, Prince Syed sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas memuat naik video momen ketika dirinya menyerah nafkah kepada isteri, Fatin Syazwani.
Keluarkan duit RM125k untuk nafkah isteri
Melalui video yang dimuat naik, Syed atau nama sebenarnya, Syed Muhammad Syah berada di hadapan bank untuk urusan pengeluaran wang tunai berjumlah RM125,000.
Selepas selesai dengan urusan bank, Syed membuat kejutan untuk isteri dengan meletakkan wang tunai tersebut ke dalam beg tangan wanita itu tanpa disedari.
View this post on Instagram
Fatin sememangnya tergamam apabila melihat ikatan wang tunai yang banyak berada di dalam beg tangannya.
Isteri nak beli beg berjenama & minyak wangi mahal
Nafkah bulanan RM125,000 sahaja yang mampu untuk bagi isteri bulan ni. Harap cukuplah dan isteri terima nafkah yang diberi ini. Dia ni boros lain macam, saya bagi duit ni simpan lah juga. Mana tahu nanti kalau saya dah meninggal dunia.
Dalam video tersebut, wanita itu memaklumkan dia bercadang untuk membeli beg berjenama serta minyak wangi mahal dengan menggunakan nafkah yang diberi oleh suami itu.