Baru-baru ini, terdapat seorang pereka dalaman rumah wanita mengkritik kediaman usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang dikatakan seperti ‘kedai tomyam’.
Aliff Syukri berang
Sedar mengenai kritikan itu, Aliff Syukri sememangnya berasa berang terhadap wanita terbabit dan tidak teragak-agak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.
Bidas Aliff, rumah mewahnya itu dihasilkan oleh pereka dalaman terkemuka di dalam Malaysia.
View this post on Instagram
Rumah saya ni pun disenaraikan pendek sebagai rumah tercantik mewakili Malaysia. Jadi awak tak payah nak kondem rumah saya tak cantik.
Setiap orang ada citarasa sendiri
Dalam pada itu, usahawan tersebut berkata setiap orang mempunyai citarasa sendiri dalam menghiasi kediaman masing-masing.
Bahkan, mendakwa individu terbabit tidak berdaftar dalam Malaysia Institute of Interior Designer (MIID) selepas membuat pencarian dalam Internet.
Sebelum ini, pereka dalaman tersebut mengkritik hiasan dalam rumah banglo milik Aliff Syukri kelihatan murah dan sama sekali tidak terlihat mewah.