Pempengaruh dan usahawan, Adira Salahudi telah memuat naik video ketika dia berada di Mekah di mana rakaman itu meraih perhatian ramai warganet.
Menerusi video dimuat naik di akaun Instagram Adira, dia dilihat sedang menangis terharu kerana dapat memegang dinding Kaabah ketika berada di sana untuk menunaikan umrah.
Adira yang berpakaian serba putih itu berjaya berada di depan sekali dan dilihat mencium Kaabah berkali-kali sambil menangis teresak-esak.
Meskipun dihimpit ramai orang yang turut tidak mahu melepaskan peluang untuk menyentuh dinding Kaabah, Adira dilihat tidak berganjak dari situ.
Menjengah ruangan komen ramai yang berasa cemburu dan teringin lalui pengalaman seperti Adira yang dapat memegang Kaabah.
Mereka akui turut berasa sebak selepas menonton video Adira dan ada yang berkongsi pengalaman mereka ketika menunaikan umrah.
Namun, sesetengah netizen menyindir Adira kerana merakam situasi itu dan memuat naik video tersebut di media sosial.
Ada yang menegur Adira tentang anak rambutnya yang terkeluar dan berkata seharusnya dia menutup aurat dengan lebih sempurna ketika melakukan ibadah umrah.
Menerusi Instagram story, Adira bagaimanapun berkata setiap orang ada dua pendapat yang berbeza berkenaan tindakannya merakamkan situasi itu.
Jika lihat dengan kebaikan maka baik lah ia. Jika lihat dengan keburukan maka buruk lah ia. Berkata kata biarlah berilmu.”
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.