“Ni Orang Yang Ke-23 Kan?” – Wanita Berpelukan Dengan Jefri Nichol Didakwa Kekasih Baru?

Kehidupan

“Ni Orang Yang Ke-23 Kan?” – Wanita Berpelukan Dengan Jefri Nichol Didakwa Kekasih Baru?

Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol sekali lagi menjadi perbualan hangat di media sosial selepas beberapa gambar dan video memaparkan dirinya berpelukan dengan seorang wanita didakwa tular baru-baru ini.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh pemilik akaun Threads @nabil_ahhhhh, yang memaparkan momen romantis dalam visual hitam putih beserta kapsyen ringkas, “Sayang”, serta menandakan akaun Jefri Nichol.

Advertisement

jefri nichol

Perkongsian berkenaan pantas mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen bahawa hubungan Jefri dengan pempengaruh dari Malaysia, Ameera Khan, dipercayai telah berakhir.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial membanjiri hantaran tersebut dengan pelbagai reaksi, termasuk membandingkan Ameera dengan wanita yang didakwa rapat bersama Jefri, selain meluahkan pandangan kurang senang terhadap pelakon berkenaan.

Antara komen yang mencuri perhatian ialah:

“The downgrade lol. Ameera is classier, prettier and richer.”

“Dia (Jefri) nampak rendah nilai dan tiada sempadan. Standard langsung tiada.”

Untuk rekod, Jefri Nichol dan Ameera Khan dilaporkan mula menjalinkan hubungan cinta sekitar akhir tahun 2021 dan pernah berpisah pada Oktober tahun sama. Bagaimanapun, mereka kembali bersama pada Mac 2024 sebelum dilaporkan berpisah sekali lagi sekitar April 2025 selepas kedua-duanya tidak lagi saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

fatin morat
2026-01-02 15:51:56

Fatin Morat Tampil Perjelas Isu Nafkah - "Chazy Telah Menjalankan Tanggungjawabnya Sebagai Seorang Bapa Kepada Anak-Anak Kami"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...