“Ni Lauk Untuk Askar” – Bekas Miss Ukraine Angkat Senjata, Lelaki Malaysia Pula Yang ‘H*rny’?

Berita

“Ni Lauk Untuk Askar” – Bekas Miss Ukraine Angkat Senjata, Lelaki Malaysia Pula Yang ‘H*rny’?

Seperti yang kita tahu, sekarang ini berlakunya peperangan di antara Rusia dan Ukraine sejak minggu lalu dan sehingga kini masih lagi berterusan.

Advertisement

Oleh kerana berlakunya peperangan di negara sendiri, bekas ratu cantik Ukraine menjadi salah seorang daripada ratusan penduduk tempatan yang mengangkat senjata untuk menentang pencerobohan tentera Rusia di Kiev.

Ia mendapat perhatian ramai setelah ratu cantik Ukraine atau nama sebenarnya Anastasiia Lenna memuat naik gambarnya berpakaian tentera di laman Instagram.

Di Malaysia juga mendapat banyak perhatian, bagaimanapun ianya tidak enak untuk didengari apabila sesetengah lelaki di negara kita ini meninggalkan komen berunsur lucah.

Ada seorang lelaki ini membuat lawak lucah dimana jika ratu cantik terbabit turun padang bantu pertahankan negara, pihak lawan akan diberi arahan untuk tangkap dia hidup-hidup kerana boleh dijadikan sebagai ‘lauk’.

Melalui ciapan di Twitter itu, jelas kelihatan pengguna terbabit berasa ‘jijik’ melihat segelintir lelaki di Malaysia ini meninggalkan komen-komen yang tidak sepatutnya.

komen twitter

Meninjau di ruangan komen ciapan terbabit, rata-rata lelaki Malaysia berasa tidak berpuas hati apabila dilabelkan sebagai ‘trash‘ dan menyifatkan sebagai seorang lelaki, Allah sudah memberikan mereka nafsu seperti itu, jadi mereka sedang diuji.

Namun, ada juga yang menyokong kata-kata pengguna yang membuat ciapan tersebut dengan mengatakan jika moralnya elok, tidak perlu terasa dengan ayat terbabit.

Krisis perang ukraine rusia
2 years ago

Krisis Perang Rusia Dan Ukraine, Apa Sebenarnya Yang Presiden Vladimir Putin Mahukan?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...